Enam terima watikah pelantikan PJK

Enam terima watikah pelantikan PJK

Jenayah tanpa sempadan, sama-sama kita membanterasnya

AYER KEROH 7 Ogos – Membantu mencegah dan menangani masalah jenayah yang semakin meruncing dalam negara, Pertubuhan Pencegahan Jenayah Kebangsaan (PJK) mengambil langkah proaktif dengan melantik enam ahli lembaga terdiri dari kakitangan kerajaan, swasta dan ahli politik untuk menjadi `mata dan telinga’ bagi membanteras gejala itu.

Seramai enam Ahli Lembaga PJK menerima watikah tersebut dalam Majlis Penyerahan Watikah di Bilik Mesyuarat Tun Bija Sura, Seri Negeri, di sini.

Penyerahan watikah tersebut diserahkan oleh Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan Koperasi dan Industri Asas Tani negeri, Norhizam Hassan Baktee selaku Ahli Lembaga Penasihat PJK.

Senarai penerima watikah pelantikan terbahagi kepada pemberian Watikah Pelantikan Ahli Lembaga Penasihat, Watikah Pelantikan Ahli Lembaga Kehormat dan Watikah Pelantikan Ahli Lembaga Bersekutu.

Bagi Watikah Pelantikan Ahli Lembaga Penasihat, penerima terdiri daripada Pengarah RELA, Razali Ahmad manakala bagi penerima Ahli Lembaga Kehormat, Ketua Pegawai Eksekutif Aviosupport Corporation (M) Sdn Bhd, Datuk Seri Dr. T. Mohana Sundaram.

Bagaimanapun terdapat dua penerima tidak dapat hadirkan diri bagi menerima Watikah Pelantikan Ahli Lembaga Penasihat iaitu Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil dan Ahli Parlimen Jelutong, R. Sanisvara Nethaji Rayer.

Bagi penerima Watikah Pelantikan Ahli Lembaga Pengarah Bersekutu adalah Timbalan Presiden Kelab F3000 Powerboat Malaysia, Ezzat Tahir dan Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Muhammad Asrak Mohd Osman.

Hadir sama, Yang Dipertua Pencegahan Jenayah Kebangsaan, Datuk Aliff Farid.

 

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES
TAGS