Eiffel kongsi hadiah kemenangan dengan keluarga

Eiffel kongsi hadiah kemenangan dengan keluarga

Terbaikk Eiffel....

ANAK kelahiran Sabah, Eiffel Paul Pailus atau lebih dikenali sebagai Eiffel dinobatkan sebagai juara Konsert Finale Ceria Megastar Ministar 2019.

Kemenangannya sekali gus melayakkan vokalis berumur 13 tahun itu membawa pulang wang tunai RM25,000 serta sebuah trofi sebagai hadiah kemenangan.

Pada konsert akhir itu, Eiffel memilih untuk menyampaikan lagu medley Bohemian Rhapsody nyanyian asal kumpulan Queen dan Talking to the Moon oleh Bruno Mars.

Aksi penuh bertenaga jelas menunjukkan karisma seseorang juara dan berjaya memukau bukan sahaja pengundi di rumah, namun juri tetap, Datuk Haji Aznil Nawawi dan Zizan Razak bersama juri jemputan, Mas Idayu.

Menyatakan ayah dan datuknya sebagai idola dalam bidang nyanyian, Eiffel berkata, dia ingin berkongsi hadiah dimiliki bersama keluarga tercinta.

“Ayah banyak berkorban demi saya, malah dia sanggup mengeluarkan kos sebanyak RM600 seminggu untuk tiket penerbangan dari Sabah ke Kuala Lumpur.

“Jadi, kemenangan ini adalah satu kejayaan untuk saya kongsikan bersama ayah dan seluruh keluarga,” katanya.

Finalis di tempat kedua pula, Feli Stacy Paimin atau Cici berjaya membawa pulang RM 10,000 dan sebuah trofi.

Cici mendendangkan lagu medley Hurt oleh Christina Aguilera dan Ku Bersuara nyanyian asal Ernie Zakri.

Manakala tempat ketiga berpihak kepada Muhammad Aliff Idham (Aliff) yang membawa pulang RM 10,000 dan sebuah trofi, dengan nyanyian medley BiasaN (Toki) dan Pelesit Kota dendangan kumpulan rock lagenda Search.

Tempat keempat yang membawa pulang sebuah trofi dimenangi oleh Qasrina Putri Adriana atau Putri yang mempersembahkan lagu medley Obses dan Rampas oleh kumpulan Akim & The Majistret.

Sebagai kejutan, Aznil mengumumkan dia akan menyumbang wang pembelanjaan sebanyak RM5,000 kepada Putri, melalui Yayasan Pesona yang dinaunginya.

Konsert Finale Ceria Megastar Ministar 2019 turut menampilkan vokalis-vokalis popular tanah air seperti Hael Husaini, Haqiem Rusli dan Andi Bernadee menerusi persembahan pembukaan dengan lagu Everybody oleh Backstreet Boys.

Dihoskan pengacara popular Nabil Ahmad, Ceria Megastar Ministar adalah rancangan realiti nyanyian kanak-kanak terbitan Astro Ceria.

Ia merupakan program ‘signature’ Astro Ceria iaitu Ceria Megastar, di mana ‘Megastar’ Wafiy Aan, Chubb-E dan Vanessa Reynauld tampil sebagai mentor Megastar bersama dengan Guru Vokal, Mark Adam, dan Guru Persembahan, Alam Wakaka, melatih peserta dalam pencarian bakat nyanyian kanak-kanak terhebat generasi masa kini.

Aznil dan Zizan tampil sebagai juri tetap untuk memberikan kata-kata semangat bagi meralisasikan impian kanak-kanak ini untuk bergelar seorang Megastar.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES