Edar risalah Kristian di Masjid Selat, tindakan tegas akan diambil

Edar risalah Kristian di Masjid Selat, tindakan tegas akan diambil

Agak-agak lah kalau sampai edar ke masjid..

BUKIT PALAH 9 Ogos – Seorang individu tidak bertanggungjawab didapati cuba mengedar risalah yang boleh memanipulasikan umat Islam di negeri ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Md. Azhan Samat berkata, individu beragama Kristian itu didakwa mengedarkan risalah tersebut pada petang Rabu lalu.

“Perkara ini disedari sukarelawan dakwah kita kira-kira jam 5 petang pada Rabu lalu.

“Kira-kira 30 keping risalah berunsurkan agama Kristian berbentuk cerita kartun diletakkan di rak Masjid Selat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pengislaman di Pejabat Macma di sini, malam tadi.

Azhan berkata, bagaimanapun perkara itu telah dilaporkan kepada pihak polis semalam (Khamis) di balai berdekatan bagi siasatan lebih lanjut.

“Imam masjid telah buat laporan pada pihak polis, jadi kita tunggu siasatan selanjutnya.

“Kita menyeru masyarakat supaya jangan buat perkara seperti ini demi perpaduan sesama kita selain menjaga sensitiviti orang lain,” katanya.

Tambahnya, individu tersebut boleh dikenakan tindakan di bawah Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam 1988.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES
TAGS