Categories: EsportsMELAKA

E-sukan mampu jana pendapatan segera

LEBIH  113 pasukan sukan elektronik (e-sukan) berentap dalam Liga e-Sukan di Stadium Hang Jebat di sini, selama dua hari, bermula Sabtu lepas.

Pengarah Urusan Grammix e-Sport, Hafizuddin Othman berkata, kejohanan tersebut adalah anjuran Grammix dengan kerjasama perbadanan Stadium Hang Jebat.

Katanya, ia bertujuan untuk merancakkan lagi e-sukan di Melaka dan sekali gus dapat mencungkil serta melahirkan atlet-atlet yang berbakat yang mampu untuk mewakili negara akan datang.

“Permainan e-sukan untuk dua hari di sini yang bermula semalam (Sabtu) adalah Permainan Player Unknown’s Battleground (PUBG) dan Fifa 19, hari ini pula Mobile Legends (ML) dan Tekken7.

“Penyertaan amat menggalakkan dan peserta-peserta yang hadir hari ini juga ramai dari luar Melaka, ada yang dari Selangor, Kelantan dan Sarawak,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Muhammad Zarif Aiman

Sementara itu, bagi atlet Tekken 7, Muhammad Zarif Aiman, 20 tahun, berasal dari Selangor, berkata penganjuran e-sukan seumpama itu mampu untuk melahirkan atlet yang berbakat dan mengharumkan nama negara sekaligus dapat menjana pendapatan segera.

Katanya yang juga pernah mewakili Malaysia sebanyak dua kali di Kejohanan Persekutuan Antarabangsa e-sukan (IESF) di Korea pada 2017 dan di Taiwan pada tahun lalu.

“Saya main permainan Tekken 7 ini mampu untuk saya jana pendapatan, hadiah yang ditawaran juga agak lumayan dan pada hujung tahun ini saya akan mewakili Malaysia di Sukan Sea Filipinan bagi acara e-sukan.

“Dorongan ibubapa dan minat terhadap sukan elektronik itu sendiri perlu mendalam dan saya sekarang menjana pendapatan melalui e-sukan dan jika saya boleh, anda semua tentu boleh,” katanya dengan bersemangat.

Admin MelakaKini

Leave a Comment
Share
Published by
Admin MelakaKini

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 month ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

4 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

4 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

4 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

4 months ago