Dua beradik tempa nama sukan taekwando

Dua beradik tempa nama sukan taekwando

Terus harumkan nama negara!

DUA adik-beradik dari Sekolah Kebangsaan Tedong, Merlimau berjaya menempa nama menerusi Kejohanan Taekwando 13TH CK International Open Malaysia 2019 yang berlangsung di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Nur Iezzatul Rahimah (12), melakar sejarah apabila memenangi pingat emas dalam kategori Poomsae peringkat umur 11 hingga 13 tahun pada pertandingan itu.

Manakalan adiknya, Nur Syahida Haziqah (8), meraih pingat gangsa untuk kategori Poomsae kategori Poomsae bagi umur 6 hingga 8 tahun.

Pertandingan Taekwondo berstatus antarabangsa disertai lebih 40 Kelab Taekwondo tempatan serta kelab taekwondo dari negara luar.

Ia termasuk Australia, Singapura, China, Yemen, Iran, India, Bangladesh, Hong Kong dan Indonesia.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES
TAGS