Categories: NASIONAL

Dr Mahathir tinjau lebih banyak projek demonstrasi 5G

LANGKAWI, 20 Jan – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meneruskan agenda meninjau pelaksanaan projek-projek demonstrasi 5G (5GDP) di sini.

Perdana menteri memulakan agenda lawatan itu dengan merasmikan pembukaan Pusat Kawalan 5G yang terletak di Pejabat Tanah dan Daerah Langkawi.

Diiringi Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo, Dr Mahathir turut diberi taklimat mengenai  5GDP oleh Ketua Pegawai Strategi Telekom Malaysia Berhad (TM) Tengku Muneer Tengku Muzani.

Sebagai pusat kawalan bersepadu yang membolehkan pengawasan tepat pada masanya untuk pemantauan berskala besar oleh pihak berkuasa tempatan bagi memenuhi pelbagai keperluan dengan disokong oleh analisis, Kecerdasan Buatan dan Objek Rangkaian Internet (IoT),  5GCC dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang berperanan  sebagai pusat pemantauan keselamatan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kawasan tumpuan di pulau itu.

Turut hadir Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Al-Ishsal Ishak.

Dr Mahathir kemudiannya meninjau pelaksanaan kes kegunaan 5GDP iaitu e-Kelas oleh Maxis.

e-Kelas adalah program komuniti utama Maxis yang memperjuangkan pembelajaran digital untuk pelajar di kawasan luar bandar.

Inisiatif pembelajaran digital selepas waktu sekolah itu disediakan bagi pelajar Tahun Enam sehingga Tingkatan Lima yang membawa gaya pembelajaran dengan cara yang menyeronokkan dan ceria melalui penyediaan akses kepada kandungan pendidikan berkualiti, selaras dengan Sukatan Pelajaran Malaysia.

Dr Mahathir mengakhiri lawatannya dengan meninjau tanaman sayuran tanah tinggi yang diusahakan di dalam kontena,  antara kejayaan yang diperoleh hasil pelaksanaan kes kegunaan projek 5GDP yang sedang dijalankan TM dalam Kluster Pertanian Pintar di pulau ini sejak Oktober.- BERNAMA

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria
Tags: utama

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago