Categories: NASIONAL

Dr. Mahathir selesai bertemu pegawai tertinggi MOF berhubung pembentangan bajet Pakej Rangsangan Ekonomi

KUALA LUMPUR 26 Feb. – Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad telah selesai bertemu dengan pegawai-pegawai tertinggi Kementerian Kewangan berhubung pembentangan Pakej Rangsangan Ekonomi.

Pakej ekonomi itu bertujuan merangsang ekonomi Malaysia dan mengurangkan impak daripada penularan COVID-19 dan ketidaktentuan luaran yang lain.

Dalam twitter rasmi beliau, Dr Mahathir berkata inisiatif itu akan diumumkan tidak lama lagi.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan butiran mengenai pakej rangsangan itu atau tarikh pengumuman, yang pada mulanya dijadualkan esok, 27 Feb, 2020.

Pakej rangsangan itu dirangka terutamanya untuk sektor penerbangan, peruncitan dan pelancongan untuk mengurangkan impak daripada jangkitan koronavirus, yang berasal dari Wuhan, China.

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah mengumumkan bahawa wabak itu berkemungkinan boleh menjejaskan antara 0.1 dan 0.2 mata peratusan kadar pertumbuhan global tetapi ini mungkin disusuli dengan pemulihan pada tahap yang lebih pesat.

Sebagai ekonomi terbuka, Malaysia tidak terkecuali daripada sebarang perkembangan luaran, berikutan penularan virus itu dijangka akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara pada suku pertama tahun ini.

— BERNAMA

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

7 hours ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

2 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

2 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

2 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

2 months ago