Categories: NASIONAL

Dr Mahathir memangku sementara jawatan Menteri Pendidikan

PUTRAJAYA, 10 Jan. – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan memangku sementara jawatan Menteri Pendidikan, kata Pejabat Perdana Menteri.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini berkata pemangkuan sementara yang berkuatkuasa 3 Jan lepas itu diputuskan oleh Jemaah Menteri dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu lepas (8 Jan).

“Dr Mahathir akan memangku jawatan itu sehingga Menteri Pendidikan yang baharu dilantik,” menurut kenyataan itu.

Pada 2 Jan lepas, Dr Maszlee Malik mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan berkuatkuasa 3 Jan selepas mendapat nasihat Dr Mahathir, selepas memegang portfolio itu selama 20 bulan.

Pada Selasa, selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) di sini, Dr Mahathir berkata pelantikan Menteri Pendidikan akan ditentukan olehnya dan ia adalah prerogatif beliau.- BERNAMA

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria
Tags: utama

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

2 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago