Categories: NASIONAL

Dr Mahathir dan isteri terima Ijazah Kehormat Kedoktoran Seni Kreatif

KUALA LUMPUR, 7 Nov – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dianugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Seni Kreatif  sempena Istiadat Konvokesyen Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) ke-15 hari ini.

Dr Mahathir dan Siti Hasmah masing-masing menerima Penganugerahan Ijazah Kehormat Kedoktoran Seni Kreatif (Pembangunan Kesenian Kebudayaan) dan Ijazah Kehormat Kedoktoran Seni Kreatif (Promosi Seni Kreatif) yang disampaikan oleh Rektor Aswara Prof Madya Sahar Sa’ di Hashim di Akademi ASWARA di sini.

Penganugerahan itu sebagai penghargaan dan penghormatan tinggi terhadap Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah di atas jasa dan pengorbanan mereka  dalam membangun serta melestarikan bidang kesenian, kebudayaan dan warisan.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi.

Istiadat konvosyen itu menyaksikan 171 graduan daripada tujuh fakulti menerima Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan Diploma manakala lima graduan daripada Pusat Pengajian Pasca Siswazah menerima Ijazah Sarjana Seni Kreatif dan Ijazah Doktor Falsafah Seni Kreatif.

ASWARA terdiri daripada Fakulti Pengurusan Seni dan Budaya, Penulisan Kreatif dan Filem, Tari, Teater, Muzik, Animasi dan Multimedia dan Rekaan Komunikasi Visual.

ASWARA  yan telah beroperasi selama 25 tahun merupakan institusi pengajian tinggi khusus dalam bidang seni yang menawarkan 28 program akademik di peringkat Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Doktor Falsafah.

Kesemua program itu mendapat pengiktirafan akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).- BERNAMA

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 day ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

2 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

2 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

2 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

2 months ago