Categories: MELAKA

Diskaun 30 peratus buat pengunjung Melaka River Cruise sepanjang Mac

BANDARAYA MELAKA 3 Mac – Potongan harga sebanyak 30 peratus buat pelancong menggunakan perkhidmatan bot Melaka River Cruise (MCR) ditawarkan sepanjang Mac ini.

Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), Azlan Abidin berkata, diskaun berkenaan ditawarkan khas buat pelancong dalam negara ini dalam misi meningkatkan pelancongan domestik Melaka.

“Selepas kita melihat jumlah kedatangan pelancong yang berkurangan pada Februari 2020 lalu akibat penularan wabak Covid-19 (koronavirus)
, PPSPM mengambil satu pendekatan untuk menarik lebih ramai pelancong domestik ke Melaka.

“Langkah ini diambil khususnya buat pelancong menggunakan perkhidmatan MRC sepanjang Mac ini untuk menikmati diskaun 30 peratus pada harga tiket menaiki bot bermula hari ini.

“Dengan menyediakan potongan harga sebanyak 30 peratus ini pihak PPSPM berharap kadar pengunjung yang datang akan bertambah.

“Selain menikmati pemandangan yang indah di sepanjang persisiran Sungai Melaka, pengunjung juga boleh menyaksikan sendiri keadaan air Sungai Melaka yang bersih dan jernih.

“Pada masa yang sama, pengunjung yang membeli tiket melebihi RM50 boleh menyertai peraduan cabutan bertuah bulanan yang menyediakan pelbagai hadiah lumayan disamping hadiah cabutan bertuah tahunan yang menyediakan hadiah utama berupa sebuah kereta Perodua Alza, Motosikal Y15ZR serta lapan hadiah misteri,” katanya kepada MelakaKini.

Dalam pada itu menurutnya, beliau mengalu-alukan kedatangan pelancong ke pusat pelancongan itu bagi bersama memberi sokongan dan meningkatkan kadar pelancongan negeri ini berhubung isu COVID-19 melanda.

“Walaupun Negeri Melaka bebas daripada wabak Covid-19, pengurusan MRC mengambil langkah berjaga-jaga dengan menyediakan topeng muka kepada semua pengunjung selain menyediakan pencuci tangan untuk kegunaan pengunjung,” tegasnya.

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago