Categories: MELAKA

Didik ahli PPPMCNM cintai alam sekitar

ALOR GAJAH 5 Nov. – Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka(PPPMCNM) komited mendidik rasa cinta terhadap alam sekitar dalam kalangan ahlinya.

Yang Dipertua PPPMCNM, Datin Seri Zainun Tun Abd Ghafar berkata, ia penting dalam memastikan kelestarian alam sekitar dapat dikekalkan.

Menurutnya, ia menerusi projek mencari dan menanam pokok bakau baru-baru ini, usaha tersebut berjaya ditingkatkan.

“Projek ini merupakan salah satu usaha pemuliharaan kawasan pantai.

“Penanaman semula pokok bakau dan pokok-pokok lain di kawasan ini membantu mengelakkan kesan bencana tsunami dan ombak besar yang menghakis pantai,” katanya.

Aktiviti yang diadakan di Hutan Rekreasi Paya Laut Linggi di sini itu melibatkan 102 ahli dan pemimpin PPPMCNM kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Melaka.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Melaka, Azni Rahman A. Wahid.

Tambah Zainun, program berkenaan selaras dengan ‘Sustainable Developement Goal’(SDG) ke 13, 15 dan 17.

“Menjadi harapan pihak persatuan agar usaha ini dapat membantu masyarakat dan juga memberi impak kepada ahli dan komuniti setempat,” katanya.

Admin MelakaKini

Leave a Comment
Share
Published by
Admin MelakaKini

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

2 days ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

2 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

2 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

2 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

2 months ago