Categories: Ketua MenteriMELAKA

Korea intai peluang pelaburan di Melaka, tingkat hubungan ekonomi & perdagangan

CHUNG Min menyerahkan surat ucap tahniah daripada Kim Il Kwon kepada Adly sambil diperhatikan Mohamad Yusoff (kiri), Zulkefly (baju batik) dan Zamri.

AYER KEROH 21 Jun – Usahawan Korea Selatan yakin Melaka berupaya menjadi negeri strategik untuk melabur di negeri ini dalam usaha meneruskan agenda ekonomi kreatif negara tersebut yang begitu pantas bergerak dalam rantaian nilai dan memacu menjadi negara ekonomi maju setanding Jepun.

Datuk Bandaraya Yangsan Korea Selatan, Kim Il Kwon menerusi wakil beliau, Kim Chung Min berkata, Melaka mempunyai kriteria yang dapat memenuhi hasrat pelabur negara itu berdasarkan iklim pelaburan di negeri ini yang masih positif khususnya dari segi kestabilan politik, dasar dan insentif selain kaya dengan sumber manusia semula jadi.

“Saya yakin Melaka adalah negeri yang strategik untuk syarikat Korea mengembangkan pelaburan dalam usaha meningkatkan hubungan ekonomi dan perdagangan dalam pelbagai bidang antaranya industri teknologi tinggi, pendidikan, pelancongan dan teknologi maklumat.

“Perkongsian pelaburan ini relevan berdasarkan penerokaan teknologi baharu oleh syarikat Korea yang mulai fokus terhadap kaedah ‘penumpuan dan gabungan’ yang lebih kreatif dan yakin perbincangan bersama Ketua Menteri mendapat reaksi positif bahawa kedua-dua negeri ini akan saling menyokong dan bekerjasama,” katanya.

Kim Chung Min berkata demikian kepada MelakaKini selepas menemui Ketua Menteri, Adly Zahari di pejabat Ketua Menteri di Seri Negeri di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, wakil Pertubuhan Gagasan Keadilan Malaysia Datuk Mohamad Yusoff Ahmad; Kapten (B) Zulkefly Othman dan Zamri Abbas.

Sementara itu, Mohamad Yusoff berkata, beliau optimis usaha-usaha membangunkan pelbagai sektor menerusi pelaburan julung kali antara Melaka dan Korea selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran Negeri Melaka ini dapat memperkukuhkan hubungan.

Jelasnya, selain mampu menjalani program transformasi ekonomi ke arah menjadi sebuah negeri berpendapatan tinggi yang mampu menawarkan peluang pekerjaaan kepada orang ramai, banyak syarikat dari Korea Selatan kini memberi tumpuan kepada Malaysia termasuk Melaka sebagai destinasi pelaburan berpotensi tinggi.

“Melaka tidak lagi bersaing di peringkat teknologi yang rendah, tetapi perlu bergerak bagi memastikan penduduk mendapat manfaat dari hubungan baik dengan Korea Selatan.

“Ini yang disifatkan sebagai rakan niaga akrab menerusi pelaburan berterusan dalam infrastruktur dan modal insan akan punyai keutamaan tinggi semasa kami bergerak ke depan.

“Saya berpendapat kita perlu lebih agresif mengadakan misi dagang dan pelaburan di Korea Selatan untuk meningkatkan keyakinan masyarakat usahawan negara itu.

“Khususnya dalam menjalin kerjasama ekonomi yang memberi kesan positif terhadap hubungan serta kerjasama dua hala antara kedua-dua negara,” katanya.

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 month ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

3 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

3 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

3 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

3 months ago