Categories: Antarabangsa

Dewan Rakyat Jordan lulus rang undang-undang larang import gas Israel

AMMAN, 20 Jan – Dewan Rakyat Jordan pada Ahad meluluskan rang undang-undang yang melarang import gas Israel, kata Speaker Atef Tarawneh lapor agensi berita Xinhua memetik laporan agensi berita Petra.

Beliau berkata memandangkan Jordan dan Israel menandatangani perjanjian damai pada1994, endorsemen peraturan itu perlu sesuai dengan Perlembagaan.

Dewan Rakyat telah berulang kali menggesa kerajaan supaya tidak mengimport gas Israel.

Pada awal 2019, National Electric Power Company (NEPCO)  yang dikendalikan kerajaan mula mengimport gas Israel,  melalui Noble Energy.

Perjanjian itu memenuhi sebanyak 40 peratus keperluan gas Jordan dan menjimatkan kira-kira US$600 juta setiap tahun, menurut NEPCO.

Di bawah kesepakatan itu juga Noble Energy akan menyediakan gas bernilai US$15 bilion atau 300 juta kaki padu setiap hari, untuk tempoh 15 tahun.

Sebanyak 97 peratus keperluan tenaga di Jordan bergantung kepada import.- BERNAMA

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago