Dera kanak-kanak 2 tahun hingga mati, suami isteri direman

Dera kanak-kanak 2 tahun hingga mati, suami isteri direman

Biar mahkamah yang menentukan salah atau tidak

AYER KEROH 11 Sept. – Sepasang suami isteri direman tujuh hari bermula hari ini di Mahkamah Ayer Keroh di sini selepas dipercayai mendera fizikal dan seksual seorang kanak-kanak berusia dua tahun sehingga maut di Kandang, semalam.

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pegawai Pendaftar Majistret, Anuar Ostadi terhadap kedua-dua suspek yang berusia 46 tahun dan 36 tahun itu sehingga 17 September ini.

Kedua-dua suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan pasangan itu telah ditahan malam tadi.

“Kita masih menunggu laporan bedah siasat terhadap kanak-kanak itu yang dijalankan hari ini di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka,” katanya ketika dihubungi.

Difahamkan, kanak-kanak malang itu dipercayai didera oleh pengasuh dan suami pengasuhnya selepas pihak hospital menemui kesan parut dan luka di bahagian kepala dan peha.

Menurut sumber, sebelum ini mangsa sejak kecil dipelihara oleh ibu saudaranya, namun wanita itu ke Terengganu atas urusan kerja dan terpaksa menyerahkan sementara kepada pasangan suami isteri terbabit pada akhir Julai lalu.

Kanak-kanak itu tinggal bersama kedua-dua suspek sebelum disahkan meninggal dunia di Jabatan Kecemasan Hospital Melaka sekitar 2 pagi semalam.

Pegawai Perubatan telah memberikan bantuan pernafasan (CPR) kepada kanak-kanak malang terbabit namun gagal dan disahkan meninggal dunia.


SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES