AYER KEROH, 13 Ogos – Sebanyak 959 kes demam denggi telah dicatatkan di Melaka bagi 2019 setakat minggu pertama bulan ini, kata Ketua Menteri Adly Zahari.
Beliau berkata kes berkenaan yang direkodkan antara 1 Januari hingga 6 Ogos tahun ini merupakan peningkatan sebanyak 298% berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
“Peratus peningkatan ini amat membimbangkan.
“Malah enam kematian turut dicatatkan dalam tempoh tersebut tahun ini berbanding tiada kematian dalam tempoh sama tahun lepas,” katanya pada perhimpunan bulanan anjuran Jabatan Ketua Menteri Melaka di Dewan Seri Negeri di sini baru-baru ini.
Beliau berkata faktor gagal menjaga kebersihan persekitaran menjadi punca utama kes demam denggi terus berlaku di negeri ini.
Adly berkata pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Melaka bagi mengawal masalah berkenaan termasuk mengadakan program gotong-royong dan pemeriksaan berkala di kawasan-kawasan berisiko.
Beliau berkata usaha tersebut bagaimanapun hanya boleh direalisasikan melalui sokongan dan kerjasama sepenuhnya daripada para penduduk.
“Tidak ada alternatif lain, semuanya berbalik kepada kebersihan.
“Biarpun pada masa sama tidak dinafikan faktor-faktor seperti cuaca dan kepadatan penduduk turut sama menyumbang kepada peningkatan wabak berkenaan,” katanya.
SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.
Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…
TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…
SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…
AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…
KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…
Leave a Comment