DEMAM adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan dan penyakit-penyakit lain. Ia bukanlah satu penyakit tetapi gejala yang selalunya menandakan anda mempunyai jangkitan kuman atau virus. Suhu badan normal adalah 36.5°C-37.2°C (suhu di mulut), jika melebihi tahap suhu ini anda disahkan demam.
Demam juga boleh dimanifestasikan oleh penyakit kronik atau sebarang reaksi immunologi.
PENYEBAB DEMAM
- Jangkitan virus penyebab kepada selsema, sakit tekak dan cirit-birit.
- Jangkitan kuman di paru-paru (pneumonia), batuk kering (TB) dan jangkitan saraf (meningitis).
Demam malaria/denggi/HIV. - Penyakit sendi.
- Ubat seperti antibiotik dan sebagainya.
- Barah/Kanser.
RAWATAN
Jangkitan ringan selalunya akan lega tanpa rawatan kerana sistem imunisasi berjaya menangani jangkitan. Perkara yang perlu dilakukan di rumah ketika demam adalah ;
- Demam yang ringan <38°C dan tiada komplikasi
- Minum air atau cecair dengan kerap untuk menambah kehilangan bendalir dalam badan.
- Makan makanan ringan dan mudah hadam seperti sup
- Cuba mandi dengan menggunakan air suam untuk meredakan demam.
- Berpakaian longgar, jangan berselimut kerana ini akan meningkatkan suhu badan.
- Makan ubat seperti paracetamol dengan jumlah yang tepat untuk meredakan demam
- Mendemah bahagian badan seperti kepala, kaki dan abdomen dengan tuala basah boleh juga menurunkan suhu badan
BILA PERLU BERJUMPA DOKTOR?
- Jika suhu badan melebihi 38°C rawatan di rumah tidak akan membantu.
- Baru pulang dari perjalanan luar negara.
- Mendapat gejala lain seperti ruam, pendarahan, sawan, mengantuk, sesak nafas, sakit-sakit sendi, atau bengkak-bengkak badan
- Sakit perut, mata atau tulang pipi.
- Mempunyai lain-lain penyakit seperti kencing manis dan barah.
- Tidak dapat mengambil makanan dan bendalir yang cukup.
- Sering buang air kecil dan mengalami kesakitan atau dengan kadar yang sedikit.
- Tidak ada perubahan selepas 4 ke 5 hari.
- Demam masih berlarutan walaupun dengan rawatan di rumah.
- Demam berkaitan dengan kecederaan
PENCEGAHAN
- Elakkan dari mendekati seseorang yang demam berpunca daripada penyakit berjangkit seperti TB
- Mengamalkan kebersihan .
- Menjauhi tempat-tempat yang sesak seperti perhimpunan jalanan dan pusat membeli-belah yang sesak
- Sentiasa aktif dan melakukan senaman secara berkala
- Ambil diet yang seimbang dan sihat.
BAGAIMANA MENGUKUR SUHU BADAN?
- Untuk memastikan adakan anda demam, gunakan jangka suhu klinikal yang boleh dibeli dari farmasi, untuk mengukur suhu badan.
- Penggunaan digital termometer adalah digalakkan berbanding dengan jangka suhu merkuri terutama dirumah
- Pastikan jangka suhu bersih sebelum digunakan. Air boleh digunakan untuk membersih jangkasuhu
- Ikut arahan penggunaan dengan betul sebelum digunakan
- Jika tahap suhu badan 38°C, sila berjumpa dengan anggota kesihatan terdekat
- Jangka suhu telinga boleh digunakan
- Strip jangka berwarna tidak tepat dan tidak digalakkan penggunaannya.
SUMBER http://www.myhealth.gov.my/demam/
SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.
Leave a Comment