Delegasi 6 negara forum antarabangsa lawat Melaka

BANDARAYA MELAKA 14 Nov. – Seramai 20 delegasi dari enam negara yang menyertai satu forum antarabangsa di Kuala Lumpur, mengadakan lawatan ke Melaka baru-baru ini.

Delegasi terbabit terdiri daripada peserta negara Jepun, Norway, Nigeria, China, Indonesia dan Thailand.

Antara lokasi dilawati peserta itu termasuk Perpustakaan Negeri di Bukit Baru, Muzium Sejarah dan Etnografi, Bukit St Paul, A Famosa dan Muzium Istana Kesultanan Melaka.

Delegasi yang diiringi Ketua Unit Pengurusan Kualiti dan Audit Dalam Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM), Suhaimi Sarijan, turut dibawa melawat Menara Taming Sari, Melaka River Cruise dan makan malam di Deli Muara Ikan Bakar, Alai.

Delegasi terbabit sebelum itu menyertai International Forum 2019: Crossroads of Sciences on Knowledge, Information and Data di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur.

Menurut Pengarah PERPUSTAM, Mohamed Aizammuddy Mohamed Idris, lawatan itu merupakan sebahagian daripada aturcara program yang diatur penganjur kepada peserta pada akhir sesi forum berkenaan.

Katanya, ini berikutan PERPUSTAM merupakan rakan sinergi bersama Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam melaksanakan persidangan tersebut.

Justeru, PERPUSTAM mengambil langkah proaktif membawa delegasi tersebut ke Melaka bagi memberi peluang kepada mereka melawat lokasi menarik di negeri ini sempena Tahun Melawat Melaka (TMM) 2019.

“Pemilihan Melaka amat bertepatan kerana negeri ini sememangnya dikenali sebagai pusat pelancongan dan ini secara tidak langsung membolehkan PERPUSTAM membantu kerajaan negeri mempromosi Melaka kepada delegasi luar negara.

“Ini dapat membantu mempertingkatkan ekonomi peniaga negeri ini kerana disamping melawat, delegasi juga membeli produk keluaran Melaka,” katanya.

MUHAMMAD ZAIDEE DAUT

Yusri Sahat

Leave a Comment
Share
Published by
Yusri Sahat

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

4 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

6 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

6 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

6 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

6 months ago