Categories: KebajikanMELAKA

Deepavali eratkan perpaduan kaum

DUYONG 31 Okt. – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Lions Club Melaka mengambil inisiatif menyalurkan sumbangan Deepavali kepada golongan memerlukan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong.

Usaha itu turut mendapat kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Duyong.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Damian Yeo Shen Li berkata, ia peluang bagi menyampaikan sumbangan kepada 40 penerima menyambut Deepavali.

“Perayaan cahaya sangat bermakna sekiranya dapat disambut bersama keluarga tersayang.

“Hari ini kita berbesar hati untuk memberi sumbangan dalam bentuk wang tunai dan barang makanan untuk meringankan beban mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Sumbangan Deepavali dan Kesedaran Komuniti 2019, baru-baru ini.

Damian berharap sumbangan itu mampu menceriakan kaum yang menyambut perayaan Deepavali tahun ini.

“Terima kasih kepada pihak yang terlibat khususnya pihak penganjur dan penaja yang sudi menyumbang tenaga dan bantuan bagi memeriahkan program ini.

“Kita juga melaksanakan pertandingan lukisan bertemakan ‘Alam Sekitar’ dan ia mendapat sambutan yang sangat memberansangkan,” katanya.

Liana binti Sahabudin

Leave a Comment
Share
Published by
Liana binti Sahabudin

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago