Categories: Ketua MenteriMELAKA

Dasar Melaka 2035 sahut aspirasi ‘Melaka Berwibawa’

BANDARAYA MELAKA 29 April – Perancangan Melaka pada 15 tahun akan datang bakal dirangka oleh kerajaan negeri bagi pembangunan jangka masa panjang menjelang 2035.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, perancangan dikenali sebagai pembangunan Melaka 2035 itu akan dibincangkan dan dirancang lebih awal lagi bagi menyusun strategi pembangunan dan kepesatan negeri selari dengan aspirasi kerajaan dalam membawa slogan ‘Melaka Berwibawa’.

Jelasnya, 18 sektor akan diberi perhatian melalui dasar pembangunan negeri yang dibentangkan melibatkan portfolio barisan Exco Kerajaan Negeri bagi merealisasikan perancangan Melaka 2035 secara menyeluruh.

“Setiap perancnagan itu akan dipengerusikan oleh setiap barisan Exco terlibat dan akan dinilai berdasarkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) setiap lima tahun.

“Ianya termasuk dalam bidang perancangan ekonomi dan akauntabiliti; perindustrian, perdagangan dan pelaburan; perumahan dan kebersihan; pelancongan; pengangkutan dan infraftruktur.

“Dasar negeri ini juga turut mengetengahkan perpaduan dan sumber manusia; pendidikan; sosial dan wanita;
pertanian dan pembangunan usahawan; kesihatan; komunikasi, multimedia, belia dan sukan serta yang paling utama iaitu pembinaan Smart City (Bandar Pintar),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Seminar Melaka Berwibawa di Hotel Hatten, di sini, pagi tadi.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Hasim Hasan serta tetamu undangan lain.

Dalam pada itu, katanya, pembangunan negeri akan diperkukuhkan dengan mengambil kira pengalaman terdahulu yang perlu diseimbangkan dengan setahun pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) ke arah mentadbir urus kerajaan negeri ini.

“Kita akan mengambil pengalaman-pengalaman Melaka terdahulu disamping satu tahun pentadbiran PH, bagi saya ini telah ada ‘input’ yang baik dan kita akan adunkan kedua-dua pengalaman itu untuk menyusun agenda 15 tahun akan datang yang dipanggil Melaka 2035.

“Pada masa yang sama, kita juga mahu lihat responden, keperluan dan persepsi rakyat terhadap pentadbiran kerajaan negeri, selain cuba memahami keperluan rakyat serta inisiatif yang memberi impak kepada mereka.

“Kita percaya perkara ini mampu memberi impak positif kepada perkembangan ekonomi negeri ini malah kerajaan akan bentangkan Dasar Melaka 2035 yang akan diumumkan nanti termasuk pelbagai penambahan yang perlu dinilai,” katanya.

Faiz Hasan

Leave a Comment
Share
Published by
Faiz Hasan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

12 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago