MUAR atau Bandar Maharani di Johor merupakan bandar bersejarah yang bersempadanan dengan Melaka. Terletak kira-kira 47 kilometer dari pusat bandaraya Melaka dan memerlukan sekurang-kurangnya 56 minit perjalanan untuk tiba ke sini. Jika ada penduduk Muar atau pelancong yang sedang berkunjung ke bandar tersebut, silalah berkunjung ke Melaka kerana memang senang untuk anda ke sini. Macam mana? Macam ini caranya:
1. PEMILIK KENDERAAN PERSENDIRIAN
Anda boleh menggunakan Lebuhraya Alor Gajah–Melaka Tengah–Jasin atau Lebuh AMJ. Selain tiada bayaran tol, anda juga pasti (Insya Allah) tidak akan sesat jika menggunakan laluan ini. Jika anda ingin menikmati pemandangan perkampungan masyarakat Melaka, anda boleh juga menggunakan Jalan Lama Melaka – Muar sebagai alernatif.
2. PENGGUNA LEBUHRAYA PLUS (PROJEK LEBUHRAYA UTARA-SELATAN)
Bagi mereka yang lebih selesa menggunakan Lebuhraya PLUS, anda boleh keluar di Plaza Tol Jasin, Ayer Keroh atau Simpang Ampat bergantung kepada destinasi anda di negeri ini. Jika anda ingin mengelakkan kesesakan yang mungkin berlaku di Plaza Tol Ayer Keroh terutama pada hujung minggu dan cuti umum, keluar di Plaza Tol Jasin adalah pilihan terbaik. Anda boleh meneruskan perjalanan anda dengan menggunakan Lebuh AMJ alau jalan-jalan Persekutuan yang sedia ada.
3. PENGGUNA PENGANGKUTAN AWAM
Terdapat perkhidmatan teksi dan bas ekspress dari Muar ke Melaka yang akan membawa anda ke Melaka Sentral. Di Melaka Sentral anda boleh memilih perkhidmatan bas atau teksi untuk ke destinasi anda seterusnya. Di situ juga terdapat pelbagai risalah berkaitan destinasi pelancongan menarik di Melaka yang disediakan secara percuma untuk rujukan anda.
Senang bukan?
SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.
Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…
TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…
SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…
AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…
KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…
Leave a Comment