Dakwaan MU sudah dijual hanya penipuan – MUSA

Dakwaan MU sudah dijual hanya penipuan – MUSA

Siapalah Erik ni ya...

PERSATUAN Bola Sepak Melaka United (MUSA) tampil menafikan dakwaan kononnya Melaka united sudah dijual kepada pihak luar seperti yang tular semalam.

Setiausaha Agungnya, Farhan Ibrahim berkata, pihaknya tidak pernah menerima sebarang cadangan daripada pihak ketiga untuk membeli kepentingan di dalam MUSA dan menyifatkan pemilikan daripada pihak luar adalah sesuatu yang mustahil.

“MUSA adalah satu persatuan yang dipilih melalui kongres dan tidak mempunyai sebarang saham untuk diniagakan sekaligus perkara ini adalah sesuatu yang mustahil untuk berlaku.

“Pegawai-pegawai Melaka United juga memaklumkan telah dihubungi oleh beberapa pemain luar negara untuk mendapatkan kepastian mengenai perkara ini dan ternyata ia merupakan satu asas penipuan kerana individu terbabit dikatakan meminta bayaran untuk pendaftaran sebagai pemain Melaka United bagi musim 2020.

“MUSA dengan ini menafikan sekeras-kerasnyanya kewujudan pemilik baru persatuan ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Farhan, pihaknya juga sudah menghantar tuntutan kepada pihak terbabit untuk memadamkan status berkaitan pemilikan itu atau berdepan tindakan undang-undang daripada pihak MUSA.

“Individu tersebut telah menurut arahan dan memohon maaf. Saya bagi pihak MUSA juga ingin mengingatkan kepada mana-mana pihak supaya tidak menyalahgunakan nama Melaka United tanpa kebenaran persatuan atau berdepan tindakan demi menjaga nama baik MUSA dan Melaka United.

“Kita sedang menuju ke arah penswastaan pasukan dengan berusaha menyelesaikan segala komitmen yang perlu sebelum pasukan Liga Super Melaka United diswastakan selaras dengan matlamat yang ditetapkan pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM),” ujarnya.

Tambahnya, pihak persatuan kini akan terus memberi fokus kepada pembangunan bakat bola sepak negeri Melaka dan hanya pasukan Liga Super yang akan diswastakan kelak.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES
TAGS