Oleh SITI NURSYAHIDAH ABU BAKAR

TELOK MAS 3 Dis. – Program Komuniti Ilmu, Tautan Kasih anjuran Perpustakaan Pekan Telok Mas yang diadakan baru-baru ini berjaya mencungkil bakat baru murid tadika dalam bidang sukan dan permainan.

Selain itu, murid-murid dari 16 tadika dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas yang terlibat juga diberi pendedahan dan pengalaman baru dalam penyertaan pertandingan.

Antara aktiviti yang diadakan sempena program itu ialah zumba, pertandingan mewarna, sukaneka, pertandingan pembaca terbanyak dan tayangan video.

Majlis perasmian penutupan program tersebut telah disempurnakan oleh Exco Pendidikan Modal Insan, Sains dan Inovasi merangkap ADUN Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad.

Turut hadir, Pengerusi Perpustakaan Pekan Telok Mas, Rahmat Abd Rasip dan Setiausaha Japerun Telok Mas, Norzanah Abas.

Dalam program itu, Ahmad Yasin Yahya dan Muhammad Umar Razeeq Mohd Redzuan turut dipilih sebagai penerima anugerah pelajar terbaik.

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 month ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

4 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

4 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

4 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

4 months ago