Categories: MELAKA

CREaTE jadi Stesen Pusat Kuarantin Covid-19 pertama di Melaka

ALOR GAJAH 18 Mac. – Sebuah Stesen Pusat Kuarantin Covid-19 pertama di Melaka telah diwujudkan bagi membendung penularan wabak berkenaan di negeri ini.

Exco Kesihatan dan Antidadah, Rahmat Mariman berkata, kerajaan negeri mengambil inisiatif berkenaan dengan menjadikan Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi Jabatan Kerja Raya (CREaTE) sebagai lokasi pertama itu.

Jelasnya, stesen berkenaan mampu menempatkan kira-kira 250 hingga 400 katil pesakit yang perlu menjalani pengawasan kuarantin di rumah (home-quarantine) akan dibuka bermula hari ini dan beroperasi selama 24 jam.

“Kerajaan negeri menyediakan stesen ini sekali gus menggenapkan 56 stesen di seluruh negara dan dilengkapi dengan penekanan kebersihan dan kondusif bagi memberi keselesaan pesakit yang berada di bawah pengawasan ini.

“Kita harap dengan inisiatif ini mampu membendung penularan wabak dan saya menyeru kepada semua pihak agar memberi kerjasama berhubung Perintah Kawalan Pergerakan yang telah berkuatkuasa ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan lawatan di Stesen Pusat Kuarantin COVID-19 di CREaTe, di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah kanan CREaTe, Datuk Ahmad Redzai Ghulam Rasool.

Dalam pada itu, Rahmat berkata status terkini penularan wabak tersebut di negeri ini direkodkan sebanyak 17 kes daripada 304 kes dicatat di seluruh negara.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 297 kes telah berada pengawasan di rumah, 25 kes yang telah dimasukkan di wad dan tujuh kes positif telah dimasukkan di pusat kuarantin.

“Menerusi penularan pada gelombang kedua ini sebanyak tiga kes direkodkan berpunca dari kontak rapat ahli keluarga dan ini menjadikan kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga ke atas perkara yang berlaku ini,” katanya.

Faiz Hasan

Leave a Comment
Share
Published by
Faiz Hasan
Tags: utama

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago