Categories: MELAKA

Covid-19: Penjawat awam Melaka dibenarkan bekerja dari rumah

AYER KEROH 13 Mac – Berkuatkuasa hari ini (18 Mac) sehingga 31 Mac depan, semua premis kerajaan dan swasta (kecuali terlibat dengan perkhidmatan penting) akan ditutup selaras dengan perintah kawalan pergerakan yang diumumkan Kerajaan Persekutuan.

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Seri Hasim Hasan menerusi satu kenyataan berkata, tindakan itu dilakukan bagi mengurangkan perhubungan individu secara bersemuka untuk mengelakkan penularan wabak pandemik Covid-19 (koronavirus).

Sehubungan itu, ujarnya, penjawat awam termasuk pegawai kanan dibenarkan untuk bekerja dari rumah dan dibenarkan untuk membawa pulang aset keperluan seperti laptop dan dokumen-dokumen yang bukan dikategorikan sebagai dokumen terperingkat.

Tambahnya lagi, semua penjawat awam di Melaka juga tidak dibenarkan untuk meninggalkan Negeri Melaka kecuali mendapat kebenaran dan pada masa sama perlu bersiap siaga sekiranya perlu menghadirkan diri ke pejabat, jika ada keperluan.

“Kehadiran di pejabat hanya dibenarkan bagi tujuan tertentu yang kritikal untuk masa-masa tertentu sahaja dan digalakkan dibuat secara penggiliran.

“Bagi segala urusan bayaran tuntutan yang telah dikemukakan kepada bahagian unit kewangan jabatan atau agensi sebelum ini dan telah lengkap invoisnya, ia perlu diuruskan dengan sewajarnya bagi mengelakkan syarikat- syarikat pembekal atau kontraktor tidak terjejas dalam pembayaran gaji pekerja.

“Unit kewangan yang menguruskan pembayaran adalah dibenarkan untuk ke pejabat bagi menyelesaikan urusan pembayaran dan pulang setelah selesai tugas,” ujarnya.

Pada sama sama, tegasnya, semua penjawat awam termasuk rakyat di negeri ini dinasihati untuk tidak menyertai sebarang aktiviti yang melibatkan pengumpulan orang bagi mengawal penularan wabak berkenaan.

Jelasnya, perintah itu termasuklah membabitkan penganjuran atau keterlibatan dalam program lawatan di dalam dan luar negeri atau negara, aktiviti keagamaan, sosial dan budaya serta program peribadi (riadah, bersukan, mengunjungi dan makan di restoran / kedai makan dan majlis keraian.

“Hanya ketua keluarga sahaja dibenarkan untuk keluar bagi mendapatkan keperluan asas seperti makanan serta perubatan dan hendaklah terus pulang ke rumah selepas selesai urusan. Penjawat awam yang didapati ingkar akan dikenakan tindakan tatatertib,” katanya lagi.

Mohamad Fazrul Abdul Majid

Leave a Comment
Share
Published by
Mohamad Fazrul Abdul Majid

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago