Categories: Covid-19NASIONAL

COVID-19: Pasar malam, gerai tepi jalan diarah tutup

PUTRAJAYA 19 Mac – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengarahkan pasar malam dan gerai makan tepi jalan ditutup susulan arahan Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan Kerajaan semalam.

Menterinya, Datuk Alexander Nanta Linggi, berkata arahan penutupan sementara premis perniagaan berkenaan bertujuan mengawal pergerakan orang ramai bagi membendung penularan COVID-19.

Perintah Kawalan Pergerakan itu dikecualikan kepada pasar raya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian.

“Keputusan dan arahan ini diambil atas faktor keselamatan dan kesihatan peniaga serta orang ramai bagi mencegah kemungkinan COVID-19 merebak dengan lebih meluas,” katanya di sini hari ini.

Yang turut hadir, timbalannya Datuk Rosol Wahid; Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad.

Yusri Sahat

Leave a Comment
Share
Published by
Yusri Sahat

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago