Categories: Ketua MenteriMELAKA

Covid-19: Melaka perkasakan sektor pelancongan kesihatan

BUKIT BARU 12 Feb. – Melaka kini mengalih tumpuan memperkasakan sektor pelancongan kesihatan bagi mengatasi masalah industri perhotelan yang terjejas di seluruh negara ekoran penularan wabak Covid-19 (Koronavirus).

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, kerajaan negeri akan memberikan tumpuan meningkatkan sektor itu, memandangkan negeri ini mempunyai potensi besar dalam pelancongan kesihatan.

Jelasnya, ia membabitkan pelancong kesihatan dari Indonesia dan negeri-negeri lain yang memerlukan khidmat kesihatan terbaik sepanjang musim penularan virus ini.

Tambahnya, pihaknya turut menyasarkan lebih satu juta pelancong kesihatan datang ke negeri ini sepanjang 2020, berbanding sekitar 700,000 yang direkodkan sebelum ini.

“Kita sudah ada kemudahan itu (pelancongan kesihatan) di Mahkota Medical Centre dan akan terus memperluaskannya di hospital-hospital lain yang masih mempunyai ruang untuk sektor ini.

“Kita sedar cabaran kita sekarang ialah melibatkan koronavirus yang melanda dunia, jadi kita percaya disebabkan wabak tersebut, kepekaan masyarakat terhadap kesihatan itu akan jadi lebih tinggi.

“Dan itu membuatkan kita harus menggunakan potensi yang kita ada,” katanya bagi mengulas pembatalan 95,000 tempahan hotel di seluruh negara seperti yang dimaklumkan Presiden Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Datuk Tan Kok Liang, baru-baru ini.

Beliau berkata demikian di sidang media pasca Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Baru, sebentar tadi.

Selain pelancongan kesihatan, Adly berkata, pihaknya bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) akan turut mempertingkatkan program-program MICE (Mesyuarat, Insentif, Konvensyen dan Pameran) di negara ini untuk menarik kehadiran pelancong.

“Kita sudah berbincang beberapa strategi baharu, selain menyelaraskan semula strategi-strategi Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM2020) dan Tahun Melawat Melaka 2020.

“Pada masa sama, kita juga akan tetap meneruskan program berskala besar sepanjang tahun ini, selepas mendapat kerjasama dari semua pihak, termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM),” ujarnya.

Mohamad Fazrul Abdul Majid

Leave a Comment
Share
Published by
Mohamad Fazrul Abdul Majid

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

7 hours ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

2 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

2 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

2 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

2 months ago