Categories: NASIONAL

Covid-19: Jangan bawa keluarga beli barang keperluan – MKN

PUTRAJAYA 18 Mac — Tiada halangan untuk orang ramai keluar membeli barangan keperluan namun tidak digalakkan membawa ahli keluarga bersama sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa mulai hari ini hingga 31 Mac di seluruh negara.

Pengarah Bahagian Keselamatan Kedaulatan Maritim, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Roselin Rajab berkata ini bagi mengurangkan pergerakan orang ramai di tempat awam dalam usaha mencegah penularan wabak COVID-19.

“Kalau anda ingin membeli barangan keperluan tiada masalah, tetapi jangan bawa satu keluarga dengan anak-anak pergi beli barang. Pergi seorang sahaja,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Khas COVID-19 Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah bersama ketua-ketua editor media di sini semalam.

Dari segi pengawasan, Roselin berkata pihak berkuasa akan membuat pemantauan bagi memastikan tiada perhimpunan atau perjumpaan di tempat awam.

“Kalau kita nampak ada ramai orang (di satu tempat), mereka akan disuruh pulang ke rumah,” katanya.

Mengenai penerbangan yang transit di lapangan terbang dalam negara, Roselin berkata penumpang tidak akan dibenarkan keluar dari terminal.

“Kalau ada (penerbangan transit) mereka tidak dibenarkan keluar.

“Ini kerana, mereka tidak dikira sebagai melepasi sempadan negara selagi mereka tidak melepasi pemeriksaan Imigresen,” katanya.

Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin bagi mencegah penularan wabak COVID-19 yang dibimbangi akan menjangkiti lebih ramai rakyat.

— BERNAMA

Roshidi Abu Samah

Leave a Comment
Share
Published by
Roshidi Abu Samah

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

11 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago