Categories: Covid-19NASIONAL

Covid-19: Henti sebar helikopter ATM sembur racun perosak

KUALA LUMPUR 19 Mac – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) meminta orang ramai menghentikan penyebaran palsu mengenai helikopter milik angkatan tentera itu menyembur racun perosak terhadap virus Covid-19 di negara ini.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang menegaskan berita yang tular berkaitan kenyataan helikopter TUDM menyembur racun perosak dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah tidak benar.

Katanya, berikutan itu pihaknya meminta orang ramai menghentikan penyebaran maklumat palsu itu serta-merta.

“Walaupun berita palsu ini tidak menyatakan dengan jelas helikopter milik perkhidmatan sama ada tentera darat, laut atau udara namun penggunaan ‘tentera atau ‘military’ serta hebahan maklumat yang tidak benar boleh mencetuskan suasana panik dalam kalangan masyarakat.

“Tambahan pula, ketika ini negara sedang dilanda isu wabak Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan.

Affendi berkata orang ramai dinasihatkan tidak mudah terpengaruh dengan sebarang berita yang boleh mencetuskan kebimbangan.

“Adalah ditegaskan, mana-mana individu yang menyebarkan berita palsu boleh didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Dapatkan maklumat sahih daripada talian Hotline Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kenyataan yang menyebut “Hari ini, helikopter tentera khas akan menyembur racun perosak terhadap virus Corona di langit di seluruh negara, jadi anda mesti berada di dalam rumah selepas jam 12 malam. Dan keluarkan semua pakaian yang berada di luar. apabila anda mendengar bunyi pesawat pada waktu malam, anda tahu bahawa ia berkaitan dengan perkara ini (COVID-19). Berlaku di Malaysia. Pls memaklumkan jika anda mempunyai keluarga dan rakan-rakan di Malaysia” tular di media sosial sejak semalam.

Farah Suhaidah Othman

Leave a Comment
Share
Published by
Farah Suhaidah Othman

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

11 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago