SINGAPURA 20 Mac — Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan kes tempatan baharu jangkitan COVID-19 dicatatkan di republik ini, menjadikan jumlahnya 345 kes.
Dalam kenyataan di sini, MOH berkata satu daripada kes import itu melibatkan lelaki warga Malaysia berusia 25 tahun yang merupakan pemegang Pas Kerja Singapura.
Lelaki itu disahkan dijangkiti virus itu pada Rabu dan kini ditempatkan di wad isolasi di Hospital Besar Changi.
Baki kes import merupakan residen yang kembali ke republik ini dan pemegang pas jangka panjang yang mempunyai sejarah perjalanan ke Eropah, Amerika Utara dan ASEAN, katanya.
Semalam, MOH berkata tujuh lagi kes jangkiti COVID-19 telah discaj daripada hospital, dan sehubungan itu, secara keseluruhannya sebanyak 124 telah pulih sepenuhnya.
Daripada 221 kes yang disahkan dan masih berada di hospital, kementerian itu berkata kebanyakan mereka berada dalam keadaan stabil dan semakin pulih manakala 15 berada dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi.
Setakat tengah hari semalam, MOH telah mengenal pasti 6,574 kontak rapat yang telah dikuarantin.
Diumumkan pada Rabu, mulai 20 Mac, jam 2359, semua pelawat yang memasuki Singapura daripada semua negara akan diberikan Notis Duduk Rumah selama 14 hari.
— BERNAMA
Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…
TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…
AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…
KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…
BANGKOK 20 Mac (Bernama) -- Thailand telah melaporkan 60 kes baharu COVID-19, termasuk lima yang…
Leave a Comment