Categories: MELAKA

Coronavirus: Melaka gandakan pemasaran ke tujuh negara

AYER KEROH 29 Jan. Melaka akan memberi tumpuan untuk menarik lebih ramai pelancong dari Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, Brunei, Jeddah dan Abu Dhabi tahun ini.

Menurut Exco Pelancongan, Warisan Dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhamad Jailani Khamis langkah itu dibuat bagi memastikan kehadiran pelancong dari tujuh negara berkenaan menampung bilangan pengunjung dari China yang dijangka berkurangan akibat penularan wabak 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) di republik berkenaan.

“Memang impak, kita kena ubah strategi, tak boleh buat apa, apa jua langkah sekali pun ia akan mengambil masa.

“Oleh itu kerajaan negeri dibawah portfolio pelancongan akan menggandakan pemasaran di rantau Asean termasuk di Jeddah dan Abu Dhabi pada Mac 2020.” katanya kepada MelakaKini, ketika ditemui di Hotel Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) sebentar tadi,

Tambah Muhamad Jailani, promosi bagi meningkatkan kunjungan pelancong domestik juga akan diberikan tumpuan.

“Pada 2019 pelancong China adalah pengunjung luar kita nombor satu (menduduki carta kehadiran tertinggi), jadi pengubahan strategi itu juga akan memberi penekanan pada pelancong domestik yang banyak membantu sektor ini di Melaka.

“Dalam masa sama, saya turut menasihatkan pemain industri pelancongan untuk tidak takut dengan dugaan ini dan memberi penekanan pada pelancong domestik,” katanya.

Berhubung situasi itu, Muhamad Jailani turut memberitahu, akibat penularan virus terbabit, pelancongan di Melaka sedikit terjejas selepas beberapa lawatan pelancong dari China ke negeri ini terpaksa dibatalkan.

“Dalam tempoh sebulan, ‘beribu’ pembatalan pada saat akhir membabitkan hampir keseluruhan pelancong dari China.

“Tetapi tempat lain tiada (negara selain China), dalam masa sama kita enggan kehadiran pelancong China itu membuatkan pelancong lain enggan ke Melaka, sebab itu kena ambil langkah berjaga-jaga,” katanya.

Setakat ini tujuh kes direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkaitan wabak berkenaan di negara ini.

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago