Categories: Ketua MenteriMELAKA

CHINA-MELAKA-JAKARTA: Melaka bakal terima 300,000 pelancong setahun

AYER KEROH 29 Okt. – Pembukaan laluan penerbangan secara terus atau charter dari China-Melaka-Jakarta bakal membawa masuk 300,000 pelancong dari China ke negeri ini.

Ketua Menteri Adly Zahari berkata, jumlah 300,000 pelancong setahun ini merupakan jumlah tetap yang telah dikenal pasti dan dipersetujui melalui perbincangan baru-baru ini.

“Saya boleh katakan bahawa pasaran untuk pelancong China ini memang ada dan telah dikenal pasti. Cuma bagaimana untuk kita uruskan 300,000 pelancong itu akan bergantung kepada model penerbangan yang bakal diluluskan nanti

“Pelancongan dari China memang dilihat lebih cenderung kepada sektor sejarah dan kepulauan. Seperti kita tahu, di Indonesia ada gunung berapi dan Melaka terkenal dengan sejarahnya.

“Jadi, dari sini kita boleh rangkumkan satu pakej pelancongan yang boleh menarik minat pelancong-pelancong ini ke Melaka dan Indonesia. Secara tak langsung ia akan jadi situasi menang-menang untuk kedua-dua pihak,” katanya dalam sidang media pasca mesyuarat exco kerajaan negeri di Seri Negeri, baru-baru ini.

Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari

Bagaimanapun, Adly menjelaskan perkara ini hanya akan direalisasikan setelah mendapat kelulusan daripada kerajaan Malaysia dan Jakarta.

“Kita sudah melalui beberapa perbincangan dengan pihak Indonesia dan pihak swasta. Secara dasarnya kita di pihak kerajaan negeri telah bersetuju, namun semuanya tertakluk kepada kelulusan daripada kerajaan Malaysia, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan juga kelulusan daripada Jakarta.

“Jika diluluskan, kita akan mulakan dengan penerbangan charter China-Melaka-Jakarta terlebih dahulu menerusi Batik Air yang dijangka pada awal tahun depan,” katanya.

Tambah Adly, selain soal penerbangan, antara intipati lain yang dibincangkan dalam perjumpaan dengan Gabenor Jakarta dan wakil Gabenor Jawa Timur baru-baru ini ialah mengenai peluang pelaburan dalam pembangunan ‘Medical Tourism’ dan kerjasama dalam bidang pendidikan khususnya bidang ‘nursing’ dengan Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), selain turut mempromosikan pembelian rumah di Melaka di bawah program Malaysia My Second Home (MSSH).

“Daripada perjumpaan ini, mesyuarat exco kerajaan negeri telah bersetuju untuk mewujudkan satu jawatankuasa khas yang diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Seri Hasim Hasan bagi perbincangan lanjut dengan pihak Jakarta dan Jawa Timur,” katanya lagi.

Mohamad Fazrul Abdul Majid

Leave a Comment
Share
Published by
Mohamad Fazrul Abdul Majid
Tags: mkfokusutama

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

12 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago