Categories: SUKAN

Chicharito sandaran Mexico

HERNANDEZ membawa kegembiraan buat pasukan El Tri setelah jaringannya pada minit ke-66 hampir mengesahkan Mexico ke pusingan kalah mati pada kempen Piala Dunia FIFA 2018, awal pagi semalam.

JAVIER Hernandez membuktikan kemampuan dirinya selepas membantu Mexico melepaskan diri dari rantaian pemain Korea Selatan dengan keputusan 2-1 pada minit ke-66.

Hernandez dikenali sebagai ‘Chicharito’ turut menempah tiga sejarah buat bola sepak Mexico menerusi jaringan kemenangan itu pagi tadi.

Menjaringkan gol ke-50 untuk El Tri, menyertai senarai pemain terbaik piala dunia bersama Luis Hernandez (empat jaringan) dan menjadi pemain Mexico ketiga yang berjaya mencipta jaringan pada tiga aksi Piala Dunia FIFA selepas Cuauhtemoc Blanco dan Rafa Marquez.

“Beliau memiliki rekod yang menarik, tetapi itu bukan segalanya,” kata rakan pasukannya Miguel Layun.
Dia juga adalah individu yang hebat yang punyai mentaliti yang kuat.

“Chicarito adalah kunci penting untuk Mexico. Kami yakin dia akan terus menjaringkan gol untuk Mexico dan membawa kegembiraan buat kami,” katanya.

Kemeriahan yang dicipta hasil sentuhan Hernandez pada minit ke-66 turut dikongsi Lozano, pemain yang bertanggungjawab menghantar bola supaya Hernandez membuat jaringan

“Dia merupakan kunci kami, kerja keras yang dipamerkannya menjadi contoh buat kami,” katanya.

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan
Tags: sukan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

4 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

6 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

6 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

6 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

6 months ago