Ceramah Ramadan beri kesedaran pada pelajar

Ceramah Ramadan beri kesedaran pada pelajar

Ramadan hampir tiba. Bersediakah anda?

BANDAR HILIR 15 April – Ceramah Ambang Ramadan persiapan awal bagi menjalani ibadah puasa yang bakal tiba.

Presiden Unit Hal Ehwal Ugama dan Dakwah (UHUD), Alif Mu’amin Omar berkata, ia sekali gus memberi kesedaran dan pengajaran mengenai sambutan Ramadan khususnya dalam kalangan pelajar.

“Program ini juga bagi melahirkan warga Kolej Profesional MARA Bandar Melaka (KPMBM) yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

“Ini selaras dengan objektif Program Mukmin Profesional yang telah digagaskan,” katanya.

Alif berkata demikian pada Ceramah Ambang Ramadan bersama Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan dan Qiamullail Perdana di Dataran Kediaman Kesidang, baru-baru ini.

Program itu anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bersama Unit Hal Ehwal Ugama dan Dakwah (UHUD) dan Majlis Kolej Kediaman (MKK) KPMBM.

CATEGORIES
TAGS