4 PORT BAEEKKK NAK CARI OLE-OLE DI MELAKA

MELAKA sememangnya kaya dengan kepelbagaian produk pelancongannya.

Bagi yang pernah ke Melaka, pasti akan membawa buah tangan atau ‘ole-ole’ untuk dibawa pulang sebagai kenang-kenangan..

Lebih mudah dikatakan, tidak sempurnalah hidup jika tidak membawa cenderahati dari negeri bersejarah ini.

1. MEDAN SAMUDERA BANDAR HILIR

Mengulas tempat beli belah di negeri bersejarah ini, pilihan destinasi mungkin tidak besar, namun sekiranya pelancong ingin mencuci mata atau ‘window shopping’, boleh sahaja berkunjung ke Medan Samudera Bandar Hilir.

Terletak berhadapan Kapal Flor de la Mar, sudah pasti bangunan dua tingkat ini mampu menarik perhatian pelancong kerana terdapatnya lot-lot kedai yang menjual barangan cenderahati.

Pelbagai barangan yang boleh dijadikan sebagai hadiah mahupun ole-ole buat rakan-rakan serta keluarga seperti produk kraftangan, rantai kunci dan baju.

Sudah pasti ia amat bersesuaian buat pelancong, jika ingin ke sini selain kemudahan seperti tandas awam, medan selera, surau dan kawasan letak kenderaan yang tidak jauh.

2. BAZAR WARISAN DATARAN PAHLAWAN

Kalau nak tahu, di Melaka juga terdapat bazar kraftangan.

Bagi warga Melaka atau penduduk tempatan, sudah pasti lokasinya tidak asing lagi.

Namun, bagi pengunjung luar mungkin masih ada yang tidak tahu lokasinya kerana terletak di satu sudut dalam Dataran Pahlawan.

Lokasinya mungkin sukar diketahui pengunjung namun jika anda ingin tahu lokasinya, tidak salah bertanya kerana malu bertanya sesat jalan.

Di situ bukan hanya menyajikan kraftangan yang unik, malah pengunjung boleh juga membeli baju dan produk makanan seperti cencalok, budu dan belacan.

3. KOMPLEKS KRAF MELAKA

Mungkin juga tidak ramai mengetahui kewujudan Kompleks Kraf Melaka yang beroperasi sejak Oktober 2013.

Jika anda ingin tahu, kompleks ini mengenengahkan pelbagai produk kraftangan hasil rekaan anak atau usahawan tempatan negeri ini.

Lokasinya terletak di tepi Lebuh Raya Ayer Keroh yang juga dikenali sebagai Pusat Persinggahan Kraf Setempat.

Bukan sahaja menjadikan pusat ini sebagai tempat tumpuan pelancong, malah hasil jualan pengusaha juga bakal meningkat menerusi kepelbagai produk yang dipamerkan.

Jika singgah ke kompleks ini, sudah pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapatkan produk kraftangan yang dijual, malah terdapat juga batik tenunan yang pasti memukau hati pengunjung.

4. PAHLAWAN WALK MARKET

Apabila ke Banda Hilir, pasti ramai yang tahu destinasi yang ingin dituju seperti pusat beli belah Dataran Pahlawan, Mahkota Parade, Menara Taming Sari selain pelbagai muzium yang menarik.

Namun, tahukah anda di tengah-tengah pusat bandar ini juga terdapatnya satu lokasi dikenali sebagai Pahlawan Walk Market.

Bersebelahan dengan pusat beli belah Mahkota Parade, pusat ini juga menyediakan pelbagai cenderahati untuk dijadikan hadiah atau ole-ole kepada keluarga dan rakan.

Bukan itu sahaja, terdapat juga kedai makan untuk kemudahan pengunjung daripada pelbagai kaum dan budaya.

Sudah pasti lokasi ini dapat menarik hati pengunjung kerana kepelbagaian dan keunikan produk yang membuatkan pengunjung rambang mata.

Liana binti Sahabudin

Leave a Comment
Share
Published by
Liana binti Sahabudin

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

5 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

7 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

7 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

7 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

7 months ago