Categories: Ketua MenteriMELAKA

Catuan air berjadual diumum esok

BUKIT KATIL 21 Jan. – Catuan air secara berjadual akan diumumkan esok berikutan paras pengurangan air empangan di negeri ini.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, catuan perlu dilakukan sebagai langkah penjimatan air bagi memastikan empangan dan kolam takungan daripada kehabisan sumber itu.

“Bagaimanapun, segala keputusan mengenai hal itu akan diputuskan pada Mesyuarat Mingguan Exco esok selepas menerima perkembangan terkini paras air daripada Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) serta Badan Kawal Selia Air (BKSA).

“Kita akan dapatkan perkembangan terkini esok dan esok juga akan diputuskan sama ada perlu dibuat catuan air berjadual atau sebaliknya

“Paras air sekarang ini pada kadar 46 peratus dan kita tahu kadar ini adalah kadar di mana kita harus melakukan penjimatan.

“Kita juga akan beri beberapa cadangan kaedah bagi kita memastikan bekalan air tidak terganggu secara keseluruhannya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri ke Majlis Perasmian Bangunan Baru Kolej Al-Quran Sayyidina Ali (KAQSA), JAIM, di sini hari ini.

Faiz Hasan

Leave a Comment
Share
Published by
Faiz Hasan
Tags: utama

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

5 days ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

3 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

3 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

3 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

3 months ago