PENGGUNAAN ‘Smartphone’ pada masa kini dilihat sebagai gajet paling penting dalam kehidupan seharian. Mana tidaknya, berfungsi sebagai penghubung menerusi panggilan telefon ke teks mesej, internet sehinggalah urusan jual beli, perniagaan dan terbaharu e-hailing. Segalanya di hujung jari! Namun begitu, sedar tak sedar, tahukah anda, teknik mengecas smartphone haruslah betul jika mahu memastikan jangka hayat bateri gajet anda itu dapat digunakan untuk jangka masa panjang.
Amat mustahak anda untuk memastikan bateri smartphone anda ditambah sekitar 50 dan 90 peratus. Jika bateri kurang daripada 50 peratus, anda perlu cas segera tetapi sebelum cecah 100 peratus, korang dah boleh ‘unplug’. Tapi kalau anda membiarkan bateri smartphone terus dicas walaupun dah penuh, ia tidak akan merosakkan bateri anda, tetapi ia akan memberi kesan jangka hayat pendek pada bateri anda. Jadi, berhati-hatilah…
Jawapannya ialah tidak perlu kerana pakar menyarankan anda untuk cas bateri bermula 0 hingga 100 peratus (charge cycle) sebulan sekali. Amat penting untuk anda lakukan bagi menjaga kondisi terbaik bateri smartphone anda.
Dari segi aturan, lebih baik elak cas hingga semalaman. Tetapi kebanyakan model smartphone sekarang sudah mempunyai sensor ‘shut off charging’ apabila cas mencecah 100 peratus, jadi anda tidak perlu risau. Polisi terbaik untuk cas smartphone anda adalah dengan membuka mod Do Not Disturb dan Airplane Mode. Nampak macam menyusahkan sebab mungkin sambil cas anda ingin berurusan menerusi smartphone anda, namun itu adalah kebenarannya. Lagi baik kalau anda cas dengan ‘switch off’ smartphone anda.
Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…
TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…
SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…
AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…
KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…
Leave a Comment