Cadangan insentif RM500 sebulan buat pelajar kemahiran

Cadangan insentif RM500 sebulan buat pelajar kemahiran

Berita baik buat pelajar kemahiran...

ALOR GAJAH 13 Sept. – Cadangan menyediakan insentif RM500 sebulan kepada pelajar kemahiran merupakan antara cadangan yang dikemukakan Kementerian Sumber Manusia di dalam industri tertentu sebagai mengatasi kekangan sumber tenaga kerja berkemahiran di negara ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Amir Omar berkata, insentif itu disalurkan kepada pelajar yang mengikuti kerja kemahiran selama enam bulan merupakan jumlah tambahan daripada pembayaran yang dibayar pihak industri.

“Insentif yang dikenali sebagai ‘wage supplement’ (gaji tambahan) akan disalurkan kepada pelajar yang menjalani latihan kemahiran selama enam bulan.

“Seperti contoh, jika pihak industri bayar RM1,000 sebulan, mungkin kita (kerajaan) boleh tambah RM500 selama tempoh enam bulan menjadikan pelajar itu dapat RM1,500.

“Dengan bantuan ini, ianya mampu memeberikan keselesaan kepada pelajar lebih-lebih lagi keadaan sara hidup yang semakin tinggi,’ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Penutupan Pertukaran Pelajar Institut Teknologi Kebangsaan, Kolej Nagaoka Jepun (NITNC) – Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Melaka di Bandar Vendor, Taboh Naning di sini hari ini.

Bagaimanapun menurut Amir, jumlah bajet yang diperlukan bagi pembiayaan dan insentif khas belum lagi dikaji disebabkan ianya masih diperingkat cadangan.

“Kita tak tahu lagi jumlah penerima manfaat yang mana bergantung kepada peruntukkan kerajaan serta apakah bidang-bidang kemahiran yang mahu ditekankan.

“Bagaimanapun, semua mereka yang mengikuti Bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) boleh membuat permohonan itu,” katanya.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES
TAGS