Cabul dan liwat pelajar tahfiz, guru didakwa

Cabul dan liwat pelajar tahfiz, guru didakwa

Jika disabitkan bersalah, maka guru terbabit durjana dan hina!

JASIN, 8 Okt – Seorang pelajar tahfiz Madrasah di Bemban di sini mendakwa dirinya dicabul dan diliwat oleh ketua Tenaga Pengajar di madrasah berkenaan sejak setahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris berkata, menurut laporan, perbuatan tersebut didakwa dilakukan guru berusia 28 tahun itu sejak tahun lalu.

Katanya, perbuatan keji itu dilakukan di asrama madrasah persendirian yang mempunyai 31 pelajar tahfiz lelaki berumur antara tujuh hingga 17 tahun.

Ujarnya, Kejadian sama didakwa turut berlaku terhadap beberapa kanak-kanak lain sebelum salah seorang ibu kanak-kanak lelaki berusia 14 tahun itu tampil membuat laporan polis Khamis lalu.

“Dalam kejadian itu suspek cuba membuka seluar mangsa dan cuba meliwatnya namun berjaya ditepis sebelum mangsa melarikan diri.

“Berdasarkan keterangan, anak pengadu mendakwa guru itu cuba melakukan liwat pada kira-kira jam 10.00 pagi pada 23 September lalu, namun kanak-kanak itu sempat melarikan diri.

“Anak pengadu turut memberitahu terdapat juga pelajar lain yang diperlakukan sedemikian oleh guru sama dengan cara meminta mangsa mengurutnya sebelum suspek pula akan mengurut mangsa hingga ke bahagian kemaluan mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah, Mohd Nor Yhazid, guru tersebut turut ditugaskan bergilir-gilir dengan guru lain untuk menjaga asrama penginapan pelajar dua kali seminggu.

“Hasil siasatan mendapati guru terbabit menggunakan cara dengan memanggil mangsa dan meminta untuk urut kaki, tangan serta bahagian kepalanya apabila tiba gilirannya bertugas.

“Suspek juga menggunakan taktik dengan cara menolak badan mangsa untuk baring di sebelahnya apabila mangsa memberi alasan kepenatan sebelum suspek terus memeluk erat badan mangsa,” katanya.

Jelasnya, suspek telah ditahan dan direman selama tujuh hari.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga disebat, jika sabit kesalahan.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES