Cabaran pendakian 854 anak tangga 3 November ini

Cabaran pendakian 854 anak tangga 3 November ini

Ayuh kepada mereka yang berminat!

BANDARAYA MELAKA 17 Sept – Penganjuran The Shore Sky Tower Towerthon Challenge 2019 yang akan diadakan pada 3 November ini bakal memberikan cabaran besar kepada para peserta yang mana menyaksikan akan melibatkan jarak 3km jalan raya dan 854 anak tangga bagi bangunan 43 tingkat.

Exco Komunikasi Multimedia, Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Kerk Chee Yee menyifatkan larian Towerthon tersebut pastinya ditunggu-tunggu oleh pencinta sukan lasak, golongan yang suka melancong dan beriadah.

“Larian pada jarak 3 kilometer itu, mungkin agak mudah kepada para peserta, namun pendakian 854 anak tangga adalah satu cabaran besar yang menguji ketahanan peserta, namun saya pasti inilah tarikan sebenar untuk peserta mengambil bahagian.

“Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa penganjur, Kerjaya Hotel Sdn Bhd, Persatuan Olahraga Melaka dan Majlis Sukan Negeri Melaka atas kejayaan dan kesinambungan untuk menganjurkan larian ini, yang tidak dapat dinafikan memberi menafaat kepada Melaka,” katanya kepada pemberita dalam Majlis Pelancaran Logo Larian Towerthon Melaka 2019, petang tadi.

Jelasnya, Hadiah kemenangan yang ditawarkan juga cukup besar, iaitu lebih RM11,000 untuk dimenangi dan pemenang juga membawa pulang hadiah wang tunai dari tempat pertama hingga kesepuluh membabitkan semua empat kategori.

“Saya diberitahu, kategori Lelaki Terbuka dan Wanita Terbuka menawarkan wang tunai RM1,000 beserta piala dan pakej penginapan hotel, hadiah ini cukup lumayan untuk dimenangi.

“Saya berpendapat, bukan calang-calang pertandingan yang disediakan penganjur dan untuk itu, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih dan sekalung tahniah kepada syarikat swasta seperti Kerjaya Hotel Sdn Bhd yang mengambil inisiatif menganjurkan aktiviti sukan yang mampu meningkatkan kemasukan pelancong ke negeri ini, terutamanya tahun ini adalah Tahun Melawat Melaka,” katanya.

Tambahnya, beliau berharap pihak penaja terus memberi sokongan kepada ‘Towerthon’ Melaka, sekali gus meletakkan negeri ini dalam peta sukan nasional dan antarabangsa.

Sebelum itu, Chee Yee turut melancarkan perasmian Logo Larian Towerthon Melaka 2019.

Kepada anda yang berminat untuk sertai Towerthon tersebut, boleh mendaftar secara bayaran tunai di kaunter pendaftaran Swiss-Garden Hotel Melaka.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES
TAGS