Cabaran Malaysia di Kejohanan Boling Dunia berakhir

Cabaran Malaysia di Kejohanan Boling Dunia berakhir

Belum rezeki nak menang. Kena usaha lebih untuk perbaiki prestasi!

KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Malaysia menamatkan cabaran mereka di Kejohanan Boling Wanita Dunia 2019 dengan tangan kosong, selepas dua pemain boling terakhir yang beraksi, Siti Safiyah Abdul Rahman dan Sin Li Jane tewas dalam acara ‘Masters’, pada Kejohanan di Las Vegas, Amerika Syarikat pada Rabu (Khamis waktu Malaysia).

Malaysia juga gagal mempertahankan pingat emas dalam acara lima berpasukan yang mereka menangi pada tahun 2017 di venue yang sama sekali gus menyamai penyertaan mereka pada 2015 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang menyaksikan Malaysia pulang tanpa sebarang pingat.

Pada perlawanan itu, pada pusingan pertama, Siti Safiyah menang permainan pertama sebelum kalah dua lagi permainan kepada Bernice Lim dari Singapura dengan mata 1-2 (231-201, 179-224, 132-221) untuk menduduki tempat ke-18 keseluruhan, mengikut laman web rasmi; www.2019wwc.worldbowling.org.

Bagaimanapun Li Jane, menunjukkan prestasi yang lebih baik, apabila mengalahkan Josefin Hemansson dari Sweden dengan mata 2-0 (218-201, 191-158) pada pusingan pertama, namun tewas kepada kepada Danielle McEwan (Amerika Syarikat) pada pusingan kedua dengan 1-2 (236-226, 183-246 dan 193-224) untuk menduduki tempat ke-12 keseluruhan.

Untuk rekod, kesemua pemain negara gagal memberikan tentangan dalam kesemua acara; perseorangan, beregu, trio dan 5 berpasukan, pada kejohanan yang diadakan di Plaza Boling South Point.

Sejumlah 176 pemain boling dari 34 negara, mengambil bahagian pada kejohanan dwi-tahunan itu yang bermula pada 23 Ogos.- BERNAMA

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES