Categories: Ketua MenteriMELAKA

‘Bukan sesuatu yang luar biasa Exco tak hadir mesyuarat’ – KM

AYER KEROH 27 Feb. – Ketua Menteri, Adly Zahari mengakui tidak terkejut mahupun tersinggung di sebalik ketidakhadiran dua anggota exconya di Mesyuarat Mingguan Kerajaan Negeri (MMKN), semalam.

Bercakap kepada media, Adly menjelaskan bahawa pihaknya sudah terlebih dahulu menerima makluman daripada salah seorang exco yang tidak dapat hadir dan baginya itu bukanlah satu isu yang besar.

“Setakat semalam memang ada seorang exco memaklumkan tidak dapat hadir dan seorang lagi tidak memberitahu apa-apa. Ia bukanlah sesuatu yang luar biasa sekiranya exco tidak dapat hadir ke mesyuarat.

“Selama ini tidak ada syarat untuk seseorang exco itu untuk memberi makluman atau tidak (mengenai ketidakhadiran mesyuarat), tetapi biasanya kita ambil kira bahawa mungkin mereka mempunyai urusan masing-masing.

“Melainkan, jika exco tersebut tidak hadir secara berturut-turut, dan dari situ barulah kita akan cuba dapatkan makluman daripada pihaknya,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas ketiadaan Exco Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan negeri, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen serta Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan, Datuk Muhamad Jailani Khamis pada Mesyuarat Exco MMKN, semalam.

Dalam pada itu, ditanya mengenai perlunya akuan bersumpah (SD) untuk membuktikan Pakatan Harapan (PH) masih layak memimpin Melaka, Adly berkata, tiada keperluan untuk itu memandangkan setiap exco dan semua penjawatan dalam negeri masih berfungsi seperti biasa.

“Setiap negeri mempunyai perlembagaan sendiri dan di peringkat kita, kita sudah pun berjumpa dengan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr. Mohd Khalil Yaakob dan exco-exco kita masih berfungsi seperti biasa.

“Jadi, saya fikir, setiap negeri perlu ikut perlembagaan masing-masing dalam menentukan keabsahan pentadbiran, yang mana kita masih berpegang kepada status quo.

“Jika sesiapa mahu menukar pentadbiran kerajaan negeri, pihak tersebut haruslah mengikut proses perlembagaan yang telah ditetapkan negeri dan bagi saya kuasa muktamad itu adalah di bawah kuasa TYT Tun,” katanya.

Mohamad Fazrul Abdul Majid

Leave a Comment
Share
Published by
Mohamad Fazrul Abdul Majid
Tags: utama

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago