Categories: EvergreenMELAKA

BUDAYA di Melaka yang ramai orang tidak tahu. No 3 tu pernah jadi fenomena dulu!

ORANG ramai secara umumnya pasti mengenali dondang sayang yang sinonim dengan Melaka. Bagaimana pula dengan budaya-budaya berikut yang sama ada telah semakin dilupakan atau tidak lagi diamalkan. Mungkinkah ramai orang tidak tahu?

1.NAZAM

Nazam merupakan sejenis puisi lama dikatakan berasal dari Parsi dan dibawa ke Asia Tenggara oleh pedagang dan ulama pada abad ke 16. Ia seakan-akan nasyid dan boleh dipersembahkan secara perseorangan atau berkumpulan dengan kebanyakan senikatanya mengandungi pelbagai nasihat. Pada suatu ketika dahulu ia digunakan sebagai medium untuk berdakwah di negeri ini.

2.REBANA KERAS

Rebana keras biasanya dipalu ketika mengiringi pengantin atau orang kenamaan dalam kumpulan yang diketuai seorang khalifah sambil mengalunkan zikir. Seni yang semakin dilupakan itu mempunyai empat jenis pukulan iaitu melalu, meninting, meningkah dan rancak. Dikatakan ketika ini hanya tinggal beberapa persatuan sahaja di Melaka yang masih memperjuangkan kelangsungan hayat rebana keras.

3. JOGET LAMBAK

Generasi lama mungkin masih mengingati suasana joget lambak yang menikmati zaman kemuncak kemeriahannya sekitar tahun 1960-an. Namun di kalangan generasi muda, joget lambak yang sinonim dengan Melaka mungkin adalah sesuatu yang asing. Joget lambak dikaitkan dengan kesenian Portugis yang ditarikan secara beramai-ramai ketika meraikan kegembiraan seperti majlis perkahwinan.

4.PESTA MANDI SAFAR

Perayaan yang diwarisi sejak zaman berzaman kini sudah tidak lagi diamalkan selepas kesedaran dan kefahaman terhadap Islam yang lebih mendalam di kalangan masyarakat Melaka.Suatu ketika dahulu Mandi Safar diadakan pada hari Rabu terakhir dalam bulan Safar bagi tujuan menolak bala. Tempat di Melaka yang terkenal dalam mengadakan pesta Mandi Safar adalah di kawasan pantai Tanjung Kling.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Roshidi Abu Samah

Leave a Comment
Share
Published by
Roshidi Abu Samah
Tags: evergreen

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

11 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago