Bonus RM1,000 untuk penjawat awam Melaka

Bonus RM1,000 untuk penjawat awam Melaka

Untung penjawat awam negeri..

AYER KEROH 18 Nov.- Semua penjawat awam negeri Melaka akan menerima bantuan khas kewangan berjumlah RM1,000 dan akan dibayar pada bulan Disember kata Ketua Menteri, Adly Zahari.

Beliau yang juga Exco Kewangan, Tanah, Perancangan Ekonomi dan Hal Ehwal Agama berkata pemberian bantuan khas kewangan itu bagi mengiktiraf sumbangan penjawat awam negeri dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan, program serta projek dan perkhidmatan awam kepada rakyat.

“Sukacita saya mengumumkan, bantuan khas kewangan berjumlah RM1,000 akan diberikan kepada semua penjawat awam negeri dan akan dibayar pada bulan Disember tahun ini.

“Pemberian tersebut bagi menyanjung tinggi sifat kesetiaan penjawat awam dalam mendokong kemajuan serta melaksana sistem penyampaian perkhidmatan dengan cekap lagi berkesan kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapan pengakhiran pembentangan Belanjawan negeri ketika Membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (2020), 2019 di Dewan Undangan Negeri, Seri Negeri, di sini, hari ini.

Katanya, dalam usaha memakmurkan negeri tercinta ini, segala macam strategi telah dan sedang kerajaan negeri menyusun serta perkemas demi membangunkan negeri ini.

“Saya berharap agar seluruh rakyat Melaka dan warga perkhidmatan awam dapat bekerja bersama-sama kerajaan negeri dalam melaksana strategi yang telah digariskan dalam sepanjang ucapan pembentangan bajet tadi,” katanya.

CATEGORIES
TAGS