BOBA ‘attack’ di Melaka!!!

BOBA ‘attack’ di Melaka!!!

Sampaikan membawang pun pasal BOBA. Penangan 'streets hipster'!

HARI INI kalau anda tak tahu apa itu Boba Milk Tea atau air bubble ni memang pelik. Sebab apa? sebab kat mana-mana pun tengah hot dengan air ni. Lebih mengujakan bila Melaka tak terkecuali dilanda tsunami boba ni. Bayangkan dalam sesebuah kawasan, pelbagai premis menjual air boba dibuka kerana permintaan tinggi dari peminatnya. MK senaraikan antara air boba paling top di Melaka. Yang last tu, memang ramai yang suka.

1. TEA LIVE


Harga murah, rasa sedap, berbaloi beli.

2. TRULY TWO CAFE


Tak perlu risau hal ke tidak, pemilik kafe ni memang orang Melayu.

3. SECRET RECIPE


Yang ni pun sama, takyah ragu-ragu minum sebab kita pun dah biasa dengan kek-kek terdapat dijual selama ni.

4. DABOBA


Ramai kata sedap dan antara yang paling mendapat sambutan di Melaka. Halal ke tidak, tepuk dada tanya selera.

5. THE ALLEY 


Yang ini juga mempunyai peminatnya tersendiri, nak tahu sedap ke tak, cubalah yer…

6. XING FU TANG


Salah satu kedai boba paling meletup di sini. Gara-gara jenama inilah, semakin banyak minuman boba diperkenalkan di Melaka.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES
TAGS