Bidang sukan dan akademik perlu seiring

Bidang sukan dan akademik perlu seiring

Persediaan dari aspek ilmu agama amat penting sebelum memasuki alam perkahwinan

AYER KEROH 26 Ogos – Pelajar Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) digalakkan menceburi pelbagai bidang sukan, pada masa sama tidak mengabaikan akademik dalam kehidupan seharian.

Ketua Jabatan Kaunseling dan Infrastruktur Khas Perbadanan Baitumal Negeri Sembilan, Norazman Amat, KUIM berkata, garapan kedua-dua bidang itu bukan sahaja mampu melahirkan graduan berkualiti, bahkan memainkan peranan penting sebelum menamatkan zaman bujang.

“Banyak nilai positif yang boleh diperoleh jika kedua-dua medium ini digarap dengan sempurna tanpa melebihi garis batasan.

“Ia secara tidak langsung mampu menjaga alam perkahwinan agar berkekalan lebih lama,” katanya kepada Melakakini dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Norazman menyampaikan ceramah dalam Seminar Perkahwinan Dan Keluarga, bertemakan `Assalamualaikum Cinta’ di Auditorium Ibnu Khaldun, KUIM.

Pada ceramah itu, Norazman berkongsi beberapa input berguna kepada pelajar sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

Program berkenaan diadakan dengan kerjasama Kelab Media (KEMDI), Kelab Diploma Kaunseling (KESDIK), Kelab Psikology Siswa Siswi (KEPSIS) dan Persatuan Sains Sosial (PERSIS).

Hadir sama Dekan Fakulti Sains Sosial KUIM, Dr. Sufiean Hassan dan Timbalan Dekan, Dr. Suhaya Deraman.

 

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES
TAGS