Bermalam di ‘reban ayam’ demi ibu

Bermalam di ‘reban ayam’ demi ibu

Aduh sedihnya, tengok, mana-mana yang berjiran tu, mari kita bantu.

PANTAI KUNDOR 19 April – Demi menjaga ibu yang lumpuh seorang anak sanggup pulang ke kampung dan menetap di sebuah pondok usang berdekatan rumahnya.

Lebih menyedihkan, pondok yang hanya memuatkan sebuah tilam yang beralaskan papan reput dijadikan tempat tidur malah kesempitan itu ditambah pula dengan terpaksa bergelap pada waktu malam.

Menurut Abdul Rahman Mohamad, 33, dia terpaksa tinggal di pondok berkenaan disebabkan rumah ibunya yang kecil tidak mampu memuatkan dia sekeluarga.

Katanya, dia terpaksa mengambil langkah lain dengan tinggal di pondok yang diubah suai daripada reban ayam disebabkan rumah ibunya telah dipenuhi dengan adik beradik lain termasuk anak dan isterinya.

“Apabila waktu malam kami terpaksa bergelap kerana bekalan elektrik rumah telah dipotong disebabkan bil yang tertunggak.

“Bekalan elektrik terpaksa dipotong sebab dah bertahun-tahun tak bayar sehingga mencecah RM5,000 kerana kami tak mampu bayar akibat kesempitan wang.

“Bila dah balik kampung ini saya hanya buat kerja-kerja kampung seperti menggali kubur, membantu membuat batu nisan, mengemas kebun penduduk kampung serta pelbagai lagi.

“Saya harap agar ada pihak sudi membantu kami sekeluarga yang dah lama terseksa dengan kesempitan hidup ini.

“Cuma kami harapkan agar ada bantuan membaiki rumah kami agar dapat duduk dengan selesa,” katanya ketika ditemui MelakaKini, baru-baru ini.

Dalam pada itu, beberapa individu disekitar kampung tersebut turut bergelumang dari kesempitan hidup.

Malah, ada juga kanak-kanak yang tidak bersekolah disebabkan kesempitan yang dihadapi dan keadaan keluarga yang sakit menjadikan hasrat dalam menimba ilmu terputus.

CATEGORIES
TAGS