Berjaya dengan Meeracle, Linda jana pendapatan 5 angka sebulan

Berjaya dengan Meeracle, Linda jana pendapatan 5 angka sebulan

Dari seorang pengguna kini menjadi usahawan berjaya..

PENGLIBATAN wanita ini menerusi produk penjagaan wajah Meeracle pada awalnya tiga tahun lalu hanya sebagai seorang pengguna.

Namun kerana tertarik dan jatuh hati dengan produk tersebut, ibu kepada empat anak ini kemudiannya nekad untuk mencuba bisnes tersebut selepas mendapat respon baik dari rakan-rakan dan keluarga.

Empunya nama Norfazlinda Daud ini mengorak langkah sebagai agen dengan bermodalkan RM553 bagi pakej ‘pearl’ bersama IMsuksesgroup.

“Memang rasa macam satu keajaiban bila perniagaan ni mampu bawa saya pergi jauh.

“Dari sekadar mencuba, sekarang saya mampu menjual 800 set sebulan yang melayakkan saya bergelar super stokis (black diamond). Malah, saya punyai rakan niaga lebih 200 orang seluruh Malaysia di bawah team saya sendiri iaitu TMLBInspire,” katanya berbangga kerana telah mempunyai lima agen ‘diamond’ sehingga kini.

 

PENDAPATAN LUMAYAN

Menurut wanita berusia 37 tahun ini, meskipun dia mempunyai masa depan baik dalam bisnes ini, namun dia tidak sesekali meninggalkan kerjaya sebagai guru.

“Mempunyai kerjaya tetap tidak semestinya saya tidak boleh memberikan fokus kepada Meeracle. Sebaliknya, ia menuntut saya untuk lebih displin dan bijak bahagi masa antara kedua kerjaya tersebut.

“Bezanya, jika dulu saya bergantung sepenuhnya kepada pendapatan sebagai guru, namun, sekarang saya mempunyai dua pendatan yang sangat-sangat menjamin kehidupan,” katanya.

Ditanya mengapa dia komited bersama bisnes ini, katanya, bisnes ini bertepatan dengan usahanya untuk menambah pendapatan sampingan.

“Pada awalnya nak tambah ‘side income’ sebab saya memang suka melancong bersama keluarga. Selain itu, saya mampu membiayai premium insuran terbaik untuk anak dan diri sendiri berbanding sebelum ini.

“Meeracle dah realisasikan impian saya dan bagi saya banyak kelebihan bersama bisnes ni,” katanya bersyukur mampu memilikki pendapatan lima angka bersama Meeracle.

 

PELBAGAI REWARD

Baginya yang mesra disapa Linda, sepanjang bersama Meeracle dia berasa sangat dihargai.

“Paling seronok bila pihak atasan hargai kita. Sejak menjalankan bisnes ni saya dah dapat macam-macam ‘reward’ dari ‘head quaters’ (HQ).

“Antaranya kereta Honda Accord percuma tajaan Meeracle sempena kempen #7bulanmenjadidenganmeeracle
, percutian mewah ke Bali, Indonesia, mendapat iklan ‘billboard’ percuma, dilantik sebagai speaker Bisnes Talk di Johor Bahru, percutian mewah menaiki kapal mewah, barangan kemas dan banyak lagi,” katanya.

Jelas Linda, satu keputusan tepat dia memilih untuk bersama team IMsukses di bawah Master Premier Naza Anaz iaitu pemilik outlet Meeracle Melaka.

“IMsukses ada sistem bisnes tersendiri yang mana kami bukan diajar untuk buat jualan saja tetapi di ajar menjadi seorg usahawan jutawan.

“Kami ada sistem rekod kewangan (SRK)
dan menerusinya kami dapat pantau jualan termasuk stok, keuntungan dan lain,” katanya secara tidak langsung ia membantu meningkatkan prestasi mereka.

Bagi bisnes ini Linda selesa menjalankan perniagaannya dengan membuka booth, menyertai event korporat dan melalui perkongsian produk kepada masyarakat setempat.

“Saya turut menggunakan medium sepertifacebook, Instagram dan website sy sendiri iaitu www.lindadaud.com. Melalui website ini, ia memudahkan pelanggan membeli produk dengan mudah dan menjimatkan masa,” katanya
berazam mencapai jualan satu juta pertama tahun ini.

Untuk perancangan masa depan, Linda berazam melahirkan 20 stokis dan puluhan mini stokis dan agen di seluruh Malaysia.

“Saya juga mempunyai misi melahirkan wanita bekerjaya mempunyai side income lumayan dengan Meeracle,” katanya.

Kepada anda di luar sana yang berminat untuk mendapatkan produk Meeracle, boleh menghubungi Linda di talian 013-7230500 atau di Facebook (FB) Norfazlinda Daud, page FB Meeracle Gemstone Beauty Expert dan Instagram (IG) meeracle_linnz .

 

PROFIL AGEN DI BAWAH LINDA

NAMA: Suryana Abd Rahim

UMUR: 28 tahun

NO TEL: 013-6447864

NEGERI KELAHIRAN: Kelantan

TEMPAT TINGGAL SEKARANG: Johor Bahru

PEKERJAAN: Suri rumah/Perniagaan dalam talian (Online)

NAMA FB: Suryana Abd Rahim

PAGE FB: RadzEmpire

IG: meeracle_sue1

– Memulakan kerjaya bersama Meeracle April 2018 di bawah TMLBInspire.

– Bermula level ‘pearl’ dan menerima keuntungan 30 peratus dan kini di peringkat ‘diamond’ dengan keuntungan 50 peratus.

– Sebelum sertai Meeracle tiada pendapat tetap. Bergantung pada gaji suami.

– Tertarik dengan perkembangan Norfazlinda Daud dan mula mencuba bisnes ini.

– Kehidupan berubah selepas memulakan bisnes dengan Meeracle. Mula punyai simpanan sendri serta dapat reward dari ‘leader’.

– Berjaya buat jualan mencecah RM19,000 sebulan dan mempunyai 54 agen.

 

 

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES