Categories: NASIONAL

Berita palsu Koronavirus: Polis buka lima kertas siasatan

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka lima kertas siasatan berhubung penyebaran khabar angin dan berita tidak sahih berkaitan jangkitan 2019 novel koronavirus di laman sosial.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata siasatan dijalankan sejak 24 Jan lepas setelah mendapati penularan berita palsu yang dibuat menerusi empat akaun Facebook dan satu melalui perkongsian di dalam grup Whatsapp.

Menurutnya, tiga kes melibatkan pemilik akaun Facebook ‘Ibu Yati’, ‘Roti Sardeen’, Gabungan Anak Terengganu (Original) dan satu perkongsian melalui grup Whatsapp yang disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.

“Satu lagi kes melibatkan pengguna akaun Facebook ‘Mr Kong Tuck Wah’ berkenaan laporan polis berkaitan isu koronavirus yang ditularkan. Kes disiasat mengikut Seksyen 203(A) Kanun Keseksaan kerana pendedahan maklumat dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata antara penularan berita palsu yang disebarkan adalah berkenaan kematian banduan secara mengejut di penjara Sandakan, Sabah yang didakwa berpunca daripada virus itu.

Huzir berkata selain itu, terdapat penyebaran berita palsu yang menyatakan bahawa beberapa individu disyaki pesakit koronavirus sedang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

“ Penyebaran berita palsu ini boleh menggugat ketenteraman awam dan menimbulkan ketakutan dalam kalangan masyarakat.

“Tidak dinafikan, isu novel koronavirus yang sedang dihadapi pada masa ini telah menimbulkan kebimbangan masyarakat di negara ini dan kerajaan juga sedang mengambil segala tindakan yang perlu bagi menangani isu ini dengan sewajarnya,” katanya.

Katanya orang ramai digesa menghentikan sebarang bentuk penyebaran berita, artikel dan kenyataan yang tidak sahih atau tidak tepat berkenaan isu ini.

Beliau menegaskan tindakan akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang ingin menjadi ‘jaguh’ di internet mahupun laman sosial dengan penyebaran kenyataan tidak sahih berkaitan isu itu yang boleh disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador meminta supaya dihentikan penyebaran maklumat palsu atau yang menakut-nakutkan orang ramai berhubung penularan 2019 novel koronavirus di negara ini, dan seharusnya mencari maklumat yang sahih daripada Kementerian Kesihatan untuk sebarang perkembangan mengenai virus berkenaan.- BERNAMA

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago