Categories: NASIONAL

Usah rumitkan lagi keadaan dengan berita palsu – Lam Thye

BUKIT MERTAJAM 28 Feb. – Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebar berita palsu mengenai keadaan semasa politik tanah air.

Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, tindakan itu boleh menyebabkan keadaan menjadi bertambah rumit, sekali gus menggugat keselamatan negara sekiranya tidak dikawal.

Beliau berkata, masyarakat diminta bersabar dan menyerahkan semua keputusan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Soal keselamatan negara adalah tanggungjawab semua dan kita tidak perlu terbabit dalam kejadian membawa kepada isu perkauman dan anti perpaduan.

“Trend ini amat membimbangkan dan diharap semua dapat bersabar serta mendengar atau membaca berita daripada sumber sah,” katanya.

Beliau ditemui ketika menghadiri Forum Mahasiswa Pembentuk Masyarakat Yang Berkualiti di Politeknik Seberang Perai, Bukit Mertajam, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi MCPF Pulau Pinang, Datuk Seri Syed Jaafar Syed Ali dan Pengarah Politeknik Seberang Perai, Mejar (K) Fisal Haroon.

Pada majlis itu, Lee mengingatkan generasi muda supaya memainkan peranan bagi meneraju negara selain melengkapkan diri serta kebolehpasaran bidang masing-masing selepas tamat belajar.

Beliau berkata, penuntut perlu menjadi ejen perpaduan berikutan warga institusi itu terdiri daripada pelbagai latar belakang.

“Kesempatan ini perlu diambil bagi merapatkan integrasi kaum dan ia perlu bermula dari peringkat sekolah serta pusat pengajian kerana ia adalah tempat terbaik bagi membina semangat perpaduan.

“Generasi muda perlu membudayakan kepentingan soal keselamatan seperti kemalangan jalan raya atau keselamatan komuniti.

“Pada masa sama, perlu fokus terhadap pembangunan mental kerana sering didedahkan sejak kebelakangan ini mengenai masalah kesihatan mental yang menjurus kepada pelbagai masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah, penderaan kanak-kanak serta bunuh diri,” katanya.

Yusri Sahat

Leave a Comment
Share
Published by
Yusri Sahat

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago