Berita gembira untuk pengayuh beca

Berita gembira untuk pengayuh beca

Untung pengayuh beca....

AYER KEROH 16 Mei – Lagi berita gembira kepada golongan pengayuh beca apabila Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari mengumumkan sumbangan sebanyak RM35,000 kepada 325 pengayuh beca berdaftar di Melaka sempena Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Penyampaian sumbangan tersebut akan dilakukan pada majlis sumbangan raya kepada pengayuh beca di sebuah hotel di Banda Hilir, 20 Mei ini.

Menurut Adly, nasib golongan pengayuh beca di Melaka tidak pernah dipinggirkan sebaliknya akan terus mendapat perhatian kerajaan negeri.

“Inisiatif ini diharap menggembirakan mereka dan yakinlah bahawa kerajaan negeri tidak pernah melupakan sumbangan mereka selama ini.

“Kehadiran mereka bukan sahaja menarik pelancong ke Melaka, mereka juga telah menjadi mata dan telinga kerajaan negeri dalam memantau aktiviti dijalankan di kawasan pelancongan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pasca mesyuarat Exco kerajaan negeri di Seri Negeri di sini hari ini.

CATEGORIES
TAGS